AIM18 lalu mungkin enggan dikenang lagi oleh Yuna dalam kamus hidupnya. Namun, bukan bermakna penyanyi yang mencipta nama di Amerika Syarikat ini akan menyisihkan AIM19.

 Lebih-lebih lagi, dirinya mendahului senarai calon dengan enam pencalonan iaitu Lagu Pop Terbaik (Terukir Di Bintang), Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (Memo & Photo of You), Video Muzik Terbaik (Sparkle), Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu (Terukir Di Bintang) dan Kulit Album Terbaik.

Ketika sesi pemulangan trofi tahun lalu, Yuna pernah menyatakan dia tidak serik menyertai AIM.
Yuna
“Tidak dinafi kan, memang rasa terkilan kerana membabitkan majlis anugerah berprestij. “Apa pun, saya harap kesilapan sama tidak berulang kerana ia hanya akan menjejaskan maruah AIM sendiri. Bagi saya sendiri, kesilapan ini tidak memberi kesan pun terhadap saya,” katanya.

 Untuk AIM tahun ini, awal-awal lagi dia sudah menyatakan keterujaan untuk menghadiri majlis tersebut. “Kebetulan, visa saya akan berakhir November ini. Jadi, saya memang perlu pulang ke Malaysia. “Kesempatan itu saya guna untuk menghadiri AIM19. Sebagai penyanyi, tentunya saya perlu sokong majlis yang memartabatkan industri muzik tempatan,” kata Yuna.

Good luck Yuna untuk AIM19!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top