Amyra Rosli enggan komen perasaan Dazrin

Pelakon Amyra Rosli dah menerima takdir dia tiada jodoh dengan pelakon Dazrin Kamaruddin. Dia dah move on dengan kehidupan baru.

Ada yang kata Dazrin kononnya belum move on dan masih menanti dia bersedia. Apa komen Amyra pasal itu?

“Ye ke (dia belum move on)?” tanya Amyra balik bila diaju soalan pasal itu.


Namun kata Amyra dia tak mahu komen pasal hal itu. Apatah lagi bila mereka dah tiada hubungan.

“Saya rasa saya tak ada hak nak komen pasal apa yang dia rasa,” kata Amyra .

 Namun sebagai pelakon profesional dia tetap bersedia sekiranya ada tawaran yang menggandingkan mereka dalam satu projek.

“Kalau ada tawaran saya tak ada masalah. Dalam industri kita ini kecil saja dan tetap akan bertemu juga,” ujarnya.

Sementara itu Amyra mahu berehat daripada berlakon drama bersiri untuk memberi ruang kepada diri sendiri dan keluarga.

“Drama bersiri terakhir ialah Suamiku Encik Sotong dan saya akan kembali berlakon drama bersiri pada tahun depan.

“Sehingga akhir tahun ini saya berlakon telefilem yang memerlukan masa sekitar semingggu sahaja untuk siap,” katanya lagi.

~ Mangga

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top