Sinopsis Mahligai Kaca (drama bersiri) lakonan Namron, Mardiana Alwi
Mahligai Kaca mengisahkan kepincangan kitaran hidup lantaran si isteri mahu menjadi dominan dalam keluarga manakala si suami kehilangan fungsi sebagai ketua keluarga.
Drama itu juga menyelitkan kisah poligami yang disembunyikan daripada pengetahuan isteri. Kisah bermula apabila perkahwinan Anisah dan Fuad diaturkan keluarga.
Anisah dipaksa ayahnya menerima Fuad menjadi suami. Walaupun Fuad tidak menepati ciri-ciri lelaki impiannya, Anisah turutkan atas desakan ayahnya.
Anisah hairan mengapa ayahnya memilih Fuad sedangkan lelaki itu tidak mempunyai harta. Bagaimanapun, dari mata Hassan, Fuad menantu yang baik dan pandai mengambil hati. Penampilan Fuad sudah cukup bagi Hassan.
Oleh kerana sikap ayahnya yang tegas, berkuasa penuh serta enggan mendengar pendapat orang lain, Anisah akur dengan keputusan ayahnya. Di sebalik keperibadian Fuad yang baik, rupa-rupanya dia seorang yang licik.
Fuad pandai berlakon untuk mengambil hati Hassan hingga mentuanya saggup menanggung perbelanjaan keluarganya. Anisah yang menyedari perkara itu mengambil kesempatan mempergunakan Fuad. Suaminya sanggup mengikut telunjuk isteri asalkan diberi wang perbelanjaan harian.
Apabila Hassan meninggal dunia, rahsianya mempunyai isteri kedua akhirnya terbongkar. Segala harta menjadi hak sepenuhnya isteri kedua dan tiga lagi anaknya. Anisah sering melepaskan rasa tidak puas hatinya dengan memukul dan mencederakan suaminya.
Satu hari, Anisah terjatuh di bilik air menyebabkan fikirannya terganggu kerana darah tersumbat di otaknya. Fuad mengambil kesempatan itu untuk menceraikan Anisah dengan talak tiga.
Mahligai Kaca membariskan pelakon berpengalaman, Fazlina Ahmad Daud, Namron, Mardiana Alwi, Fauziah Nawi, Aleza Shadan, Aishah Atan, Roy Azman dan Datuk Jalaluddin Hassan.
Drama bersiri Mahligai Kaca yang disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 11.30 pagi di TV1

0 ulasan:
Catat Ulasan