Filem Animasi Muhammad Utusan Terakhir: Kisah perjuangan Nabi
Sempena sambutan Maulidur Rasul pada 3 Januari depan, RTM akan menayangkan filem animasi menarik berjudul Muhammad Utusan Terakhir (MUT) yang menceritakan kisah Nabi Muhammad SAW serta usaha dan cabaran yang ditempuhi baginda dalam menegakkan syiar Islam kepada seluruh umatnya.
Bakal ditayangkan pada 4 Januari jam 2.30 petang, MUT mengisahkan usaha dan cabaran yang terpaksa dilalui Nabi Muhammad SAW untuk menyebarkan ajaran Islam di Makkah.
MUT mengambil masa tayangan selama 90 minit dan mengetengahkan ramai pelakon tempatan yang meminjamkan suara mereka untuk menghidupkan watak dalam filem animasi ini.
Antara pelakon terkenal terbabit ialah Allahyarham Datuk Mustapha Maarof, Datuk Ahmad Tarmimi Serigar, Sani Sudin, Khalid Salleh, Radhi Khalid serta 49 pelakon tambahan.
Sepertimana yang kita tahu mengenai sejarah Rasulullah SAW, plot cerita ini berkisarkan suasana di bumi Makkah 14 abad lalu di bawah pemerintahan kaum jahiliah Quraisy yang mengamalkan cara hidup sesat, menyembah patung dan menindas wanita.
Turut sama dipaparkan dalam animasi ini, kisah perjuangan Rasulullah SAW dalam Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak yang tercatat dalam sejarah Islam dan diingati selama-lamanya.
Filem animasi ini sememangnya dihasilkan untuk memperingati perjuangan Nabi Muhammad SAW dan diterbitkan oleh usahawan dari Jeddah, Arab Saudi, Syeikh Muwaffak Al-Harithy yang menelan belanja RM30 juta.
Menariknya proses penghasilan filem ini menggunakan teknik perfileman animasi dari Hollywood manakala proses adunan pula dibuat di studio di Istanbul, Turki.
Justeru, kepada penonton cilik dan juga seisi keluarga diharapkan tidak ketinggalan menyaksikan filem menarik ini apabila disiarkan nanti.

0 ulasan:
Catat Ulasan