Belasungkawa Datuk Mustapha Maarof (1935-2014)
Datuk Mustapha Maarof sudah kembali ke alam barzakh pada 15 Disember 2014.
Pada usia 79 tahun, Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru. Pemergiannya meninggalkan kenangan yang sukar dilupakan oleh peminat filem Melayu apatah lagi kebanyakan seniwati dan seniman seangkatannya sudah terlebih dulu pergi menghadap Ilahi.
Hero legenda filem Melayu era Studio Jalan Ampas dan Cathay Keris itu menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, pada jam 8.40 pagi.
Allahyarham dilahirkan pada 1 Januari 1935, cukup terkenal dengan lakonannya sebagai tunggak utama di dalam filem Bawang Putih Bawang Merah, Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Naga Tasik Chini, Detik 12 Malam, Keris Sempena Riau, Sumpah Pontianak, Jasmin, Fenomena, Abang 92, Sutera Putih, Bicara Hati, Chermin, 1957 Hati Malaya dan Lembing Awang Pulang Ke Dayang.
Sejarahnya sebagai anak wayang bermula tatkala dia menjejakkan kaki ke Cathay Keris Film di Singapura sekitar 1955 dan kerjaya seniÂnya bermula dengan filem terawal seperti Pendekar Bujang Lapok dan Hang Tuah. Ramai mengakui Allahyarham antara pelakon lelaki paling kacak yang menjadi pujaan ramai ketika itu.
Berasal dari Kuala Lumpur, Mustapha atau nama sebenarnya Mustapha Azahari Maarof pernah menerima Anugerah Veteran dalam Festival Filem Malaysia ke-10 dan Anugerah Tokoh Perfileman FINAS 2010.
Isterinya, seniwati Roseyatimah terlebih dahulu pulang ke rahmatullah pada 14 Disember 1987. Allahyarham juga pernah berkahwin deÂngan seniwati Suraya Haron.
Seniman negara meninggalkan tiga anak, Suzlynna, 50, Azlynna, 46 dan Rezainuddin, 38, dan tujuh cucu.
Jenazah Allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Ampang dengan dihadiri ramai rakan artis seperti Datuk Yusof Haslam, Datuk DJ Dave, Raja Azmi Raja Sulaiman dan Uji Rasshid.

0 ulasan:
Catat Ulasan