Tuty D'Adza jaga badan, aktif bersenam
Minat mendalam terhadap bidang kecergasan dari zaman sekolah menengah tidak pernah terhakis dalam diri Adza Tutyrianti (Tuty).
Kepada sesiapa yang pernah mengikuti perkembangan kumpulan penyanyi adik beradik D'Adza, Tuty salah seorang daripada mereka.
Bagi insan kelahiran Kulim, Kedah itu yang kini berstatus ibu tunggal kepada dua anak, faktor usia tidak langsung menjadi penghalang untuk beliau terus menjalani hidup sihat dengan aktif bersenam.
Malah sejak tiga tahun lalu, beliau terus bersemangat mendapatkan badan cantik.
Sekalipun sudah memberi perhatian kepada bidang kecergasan di bawah nama D'Adza Fitness, band D'Adza yang ditubuhkan sekitar 14 tahun lalu masih aktif. Bererti kini tumpuan Tuty masih pada dua cabang berkenaan.
"Band D'Adza masih aktif menyanyi di hotel lounge dan persembahan gig. Macam sekarang Alfie daripada kumpulan Tiga turut menyertai kami pada persembahan tertentu.
"Pada masa yang sama, saya cuba promosikan bidang kecergasan di bawah D'Adza Fitness.
"Sejak adik saya sendiri Adza Rinawati (Rina) ada lesen mengajar Zumba dan saya baik dengan beberapa jurulatih kecergasan, tumpuan saya lebih kepada boot camp. Jadi adik saya lebih kepada mengajar Zumba jika ada sesi senaman diadakan.
Pada Mei lalu, kami juga menganjurkan konsert dan aktiviti kecergasan dalam satu masa di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
"Ia lebih kepada menyanyi dan menari iaitu bersenam serentak. Lebih istimewa, aktiviti senaman saya baru-baru ini turut ditaja syarikat Isagenix," kata Adza.
Sejak kebelakangan ini, ramai artis yang memilih gaya hidup sihat antaranya seperti Atilia, Sharifah Sakinah dan Shiha.
Jadi Tuty melihat kesedaran golongan selebriti yang mempunyai pengaruh besar terhadap masyarakat kian diterima ramai.
"Saya juga mahu menjadikan senaman ini sebagai aliran dan gaya hidup masyarakat. Alhamdulillah di Malaysia ini saya juga mempunyai lesen untuk mengajar piloxing yang menggabungkan pilates, boxing dan tarian.
"Saya difahamkan ada 35 individu yang mempunyai lesen ini dan saya berbangga menjadi salah seorang daripadanya.
"Insya-Allah saya akan demonstrasi piloxing ini pada 28 Disember ini pada acara Fit Fest 2014. Siapa yang berminat boleh turut serta dengan membayar RM40 sahaja.
"Lebih istimewa Isagenix terus menjadi penaja cenderahati untuk acara ini yang akan bermula jam 10 pagi. Isagenix sudah setahun beroperasi di Jalan Tun Razak.
"Kalau ada yang berminat nak turut serta membakar lemak boleh hubungi 014-2335336 atau 010-4347810," katanya mengenai Fit Fest 2014 yang akan diadakan di Dewan MPAJ itu. ~ BH

0 ulasan:
Catat Ulasan