Kontrak Sherry dan Zulin untuk Melodi ditamatkan
Stesen televisyen TV3 tidak menyambung kontrak pengacara Sherry Alhadad dan Zulin Aziz untuk mengendalikan rancangan hiburan Melodi pada tahun 2015 bukan kerana gagal mempertahankan rating program itu.
Penerbitnya, Michelle Wee, 30 berkata, keputusan tersebut dibuat oleh pihak pengurusan yang mahu memberi pembaharuan kepada rancangan tersebut pada tahun hadapan.
"Pihak pengurusan hanya mengekalkan Awal Ashaari sebagai pengacara utama dalam rancangan tersebut, ini kerana kami masih peringkat perbincangan untuk memberi pengisian baru buat Melodi tahun 2015.
"Kedua-dua mereka sudah tamat kontrak pada Disember 2014 iaitu selama enam bulan sahaja dan ia tiada kena mengena dengan rating atau masalah disiplin sepanjang mereka bersama Melodi," katanya.
Michelle berkata demikian ketika ditanya mengenai kedua-dua wanita berkenan yang diumumkan meninggalkan rancangan tersebut dalam Melodi, Ahad lalu.
Terdahulu mereka ditawarkan menjadi pengacara rancangan itu pada 6 Julai lalu bagi mengantikan pengacara Zizan Razak.
Melodi keudara secara langsung di TV3 pada setiap Ahad selama sejam bermula pukul 12.30 tengah hari.
Sementara itu, tambah Michelle, sepanjang enam bulan pengacara tersebut mengendalikan Melodi, rating program tersebut masih sama seperti sebelum ini.
"Sepanjang mereka mengendalikan Melodi rating sama seperti sebelum ini iaitu ada naik dan turun. Tentang penonton suka dan tidak itu adalah perkara biasa bagi semua pengacara Melodi, ada yang suka ada yang tidak," katanya.
Dalam pada itu katanya, rancangan hiburan tersebut bakal membuat banyak pembaharuan bagi bersaing dengan rancangan hiburan lain pada tahun 2015.
"Sekarang masih diperingkat perbincangan lagi dan yang pasti kita akan buat banyak perubahan dalam Melodi. Ia termasuk mengenai pengacara.
"Namun, buat masa ini Awal akan bergandingan dengan tetamu jemputan daripada kalangan artis yang dipilih sebelum sebarang keputusan dibuat," ujarnya.
Sementara itu, Sherry dan Zulin berkata, mereka bersyukur kerana diberi peluang untuk mengacarakan rancangan tersebut selama enam bulan.
Bagaimanapun, mereka akan muncul bergandingan menerusi program terbaharu berjudul Diva di TV9 bermula 17 Januari depan.
"Memang kontrak kami selama enam bulan sahaja dan sepanjang tempoh itu, kami bersyukur kerana diberi peluang untuk sama-sama bergandingan dengan Awal Ashaari.
"Banyak yang kami pelajari sepanjang tempoh itu dan terima kasih kepada semua pihak sentiasa menyokong kami," kata Sherry.

0 ulasan:
Catat Ulasan