Halim Othman, Naim Tahak kendali segmen Grandstand Suria tahun depan
Kuala Lumpur: Penyampai Suria FM, Halim Othman bakal mengendalikan segmen Grandstand Suria bersama Naim Tahak pada tahun 2015.
Segmen Grandstand Suria merupakan segmen hujung minggu yang membincangkan topik mengenai sukan sepenuhnya.
Segmen ini memberikan laporan terkini mengenai sukan, temubual eksklusif bersama atlet serta personaliti yang terbabit dalam industri sukan.
Grandstand Suria keudara setiap hari Sabtu dan Ahad, bermula jam 9 pagi hingga 1 petang
"Mengendalikan segmen sukan merupakan antara perancangan saya. Dah lama saya mengidamkan untuk membicarakan perihal sukan kerana saya sendiri begitu meminati bidang sukan. "Setelah 15 tahun berada di dalam industri, untuk tahun 2015 ini, saya merasakan ini peluang yang baik untuk saya dan ia sangat mengujakan saya", Kata Halim Othman yang kini masih bergandingan bersama dengan Adibah Noor di dalam segmen Ceria Pagi, setiap Isnin hingga Jumaat bermula 5 pagi hingga 10 pagi.
Menurut Pengurus Program Suria FM, Adiwati Zainuddin, 2015 akan menjadi tahun perubahan buat Halim Othman dalam kerjayanya.
" Dia akan mengendalikan segmen sukan dan akan keudara setiap hujung minggu bersama dengan Naim Tahak.
"Semua bermula pada awal tahun apabila kami mencari calon penyampai yang sesuai untuk bergandingan dengan Naim untuk segmen Grandstand Suria.
"Halim antara orang yang banyak memberikan pendapat serta melontarkan idea dan dia juga menyatakan keinginannya untuk mengendalikan segmen itu. Halim mempunyai pengalaman, personaliti yang kami cari dan paling penting, dia ada keserasian dengan Naim yang pastinya akan menjadi kekuatan bagi Grandstand Suria", tambahnya lagi.
Tambah Halim Othman lagi, Suria FM ibarat keluarga kedua saya. Jadi beliau akan berikan yang terbaik untuk tahun 2015 walaupun agak risau kerana masih 'baru' dalam mengendalikan segmen sukan.
" Walaubagaimana pun, saya tidak sabar untuk keudara pada hujung minggu. Terima kasih kepada semua pendengar Suria FM yang banyak memberikan sokongan untuk saya bertukar segmen ini," katanya.
Jadi, siapakah yang bakal menggantikan Halim Othman untuk segmen Ceria Pagi? Nantikan kejutannya Januari 2015 nanti. ~BH

0 ulasan:
Catat Ulasan