Pertandingan pencarian band baru terbitan RTM, Rentak Juara 2010 terus menghampiri detik-detik akhir musim ini.

Pada 17 Julai ini, pertandingan tersebut akan sampai ke kemuncaknya dan sementara membilang detik itu, pencarian diteruskan.

Untuk episod separuh akhir SMS hari ini misalnya, Rentak Juara 2010 akan menyaksikan enam lagi band yang akan bekerja keras untuk menempa nama ke peringkat akhir.

Daripada enam band itu, hanya dua band saja yang akan menjadi pilihan juri profesional untuk menyertai band-band seperti E-6, Enava, D'Rough Mixture, Superfriends, Anthem dan Alternature yang awal-awal lagi sudah menempah nama ke gelanggang akhir.

Keenam-enam band yang akan bertanding petang ini ialah Brownees, Car Crash Hearts, The Fingers, Silver sound, Hb46 dan Bintang.

Terlalu awal untuk meramal manakah band yang akan dipilih minggu ini kerana semuanya terpulang pada juri yang mengadili khususnya Roslan Aziz dan Datuk David Arumugam.

Bagaimanapun, satu hal yang wajar diberi renungan oleh RTM ialah kecenderungan stesen itu menukar waktu siaran Rentak Juara 2010.

Untuk siaran hari ini misalnya, episod separuh akhir SMS yang bertemakan lagu-lagu patriotik akan menemui penonton secara langsung dari Auditorium Perdana, RTM pukul 3.30 petang.

Sudah banyak kali kedengaran rungutan mengenai kegemaran RTM menukar waktu siaran program pencarian bakat popular ini.

Apa yang dibimbangkan, RTM akan kehilangan audiens jika sering berbuat demikian kerana bagi mereka yang setia dan konsisten menonton program ini akan mudah mengalihkan pandangan kepada stesen lain.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top