Selepas 2 kali memenangi lagu terbaik dalam konsert mingguan Keynote (KN), Mohd Farhan Izharruddin atau Faan, 26, menjadi peserta pilihan untuk bergelar juara pertama KN yang diilhamkan komposer Ajai selaku dekan KN.



Ia diperkuatkan lagi apabila lagu Opahku Bilang nyanyian Zainalabidin hasil ciptaan Faan bersama 2 rakan KN iaitu Nomad dan Keroz dinobatkan sebagai lagu terbaik pada konsert ke-5 KN sekaligus memenangi percutian 3 hari 2 malam di Impiana Resort Cherating untuk setiap seorang.

"Saya tak tahu pun saya ni dilabelkan sebagai peserta kegemaran untuk menjadi juara. Kalau benarlah macam itu gayanya, Alhamdulillah dan menganggap ini semua rezeki dari Illahi.

"Apapun, ia terserah kepada rezeki masing-masing kerana semua yang ada dalam senarai top 7 ini hebat-hebat belaka. Yang penting, sekarang ini saya sangat gembira sebab dapat berkongsi ilmu bersama kawan menerusi lagu Opahku Bilang," ujar Faan.

Mengulas mengenai konsert kemuncak yang akan mengumumkan juara KN pertama, Ajai berkata kesemua peserta KN musim pertama ini tidak sekali pun nampak untuk bersaing meraih gelaran juara.



"Bagi saya, hadiah bukanlah menjadi suatu perkara yang penting sangat. Hadiah yang paling bermakna bagi seorang komposer adalah kontrak yang berjaya ditandatangani untuk menerbitkan album seorang penyanyi. Selepas ini, mereka semua akan berkarya untuk memperoleh royalti yang boleh dinikmati sampai mati.

"Sekarang ini, pembelajaran untuk mencipta lagu yang ada nilai komersil amat dititik beratkan dalam KN. Minggu depan, selain mengumumkan juara KN yang pertama, setiap peserta perlu mencipta lagu untuk hiburan saja. Semua lagu itu akan dinyanyikan mereka sendiri kerana semua peserta KN boleh menyanyi.

"Peserta tersingkir juga akan diserapkan semula untuk menyemarakkan lagi konsert kemuncak KN. Untuk pengetahuan semua, setiap lagu ciptaan mereka dari konsert pertama hingga akhir ini akan dimuatkan dalam sebuah album yang akan dipasarkan tidak lama lagi," kata Ajai.

Juri jemputan malam tadi adalah M Nasir, Aidit Alfian dan Ramli MS. Manakala artis yang terlibat untuk menyanyikan lagu ciptaan 7 peserta KN ialah Tam Spider, Vince, Alyah, Noryn Aziz, Misha Omar, Hattan, Soo Wincci, One Nation Emcee dan Zainalabidin.

Jangan lupa terus mengundi siapakah juara KN musim pertama pilihan anda. 50 peratus keputusan undian SMS anda menjadi penentu nasib 7 peserta akhir KN iaitu Faan, Nomad, Keroz, Nero, Nazrin, Khoo dan Rina.. Undian SMS sudah pun bermula dan akan ditutup pada jam 8 malam Selasa depan (3 Ogos 2010) sebelum rakaman konsert kemuncak KN.

Berikut adalah lagu minggu ke-5 KN:

Lagu: Bentes dan Pulas
Komposer: Khoo
Lirik: AD Samad
Artis: Tam Spider
Komen Ramli MS: Boleh dengar sesuatu benda yang baru tetapi form terlalu biasa.

Lagu: Sembilan
Komposer: Nazrin
Lirik: AD Samad
Artis: Nazrin
Komen M Nasir: Sudah melepasi batas lagu ballad. Saya suka lagu ini. Mungkin ada beberapa line perlu ditambah supaya ada magis dalam lagu ini.

Lagu: Maafkan
Komposer: Nero
Lirik: SM
Artis: Vince
Komen Aidit Alfian: Lagu ini tak ada diri Vince. Saya tahu awak berani cuba buat sesuatu baru dalam lagu. Namun, berani awak jerat diri sendiri.

Lagu: Suatu Hari Nanti
Komposer: Keroz
Lirik: Keroz
Penyanyi: Alyah
Komen Ramli MS: Lagu ini kalau lelaki yang nyanyi lagi sedap. Saya suka cara ciptaan awak. Saya lebih prefer awak yang nyanyikan lagu ini.

Lagu: Pelukan Cinta
Komposer: Rina
Lirik: Farihad
Artis: Noryn Aziz
Komen Aidit Alfian: Lagu awak cukup sifat. Tapi hanya itu saja.

Lagu: Teja Melepas Tuah
Komposer: Nomad
Lirik: Abie Abdullah
Artis: Misha Omar
Komen M Nasir: Sikit lagi..dah boleh lepas sebagai satu lagu pop ballad. Bahagian korus tak cukup sampai.

Lagu: Suntuk
Komposer: Faan
Lirik: Abie Abdullah
Artis: Hattan
Komen Ramli MS: Structure lagu yang bagus. Sesuatu yang baru dan ada hieraki di situ.

Lagu: Ikatan Harapan
Komposer: Khoo & Rina
Lirik: SM
Artis: Soo Wincci
Komen M Nasir: Hasilkan lagu secara berkumpulan bukannya mudah. Lagu ini ada masalah.

Lagu: Mari-Mari Honey
Komposer: Nazrin & Nero
Lirik: One Nation Emcee
Artis: One Nation Emcee
Komen M Nasir: Lagu yang okaylah. Korus catchy dan lagu yang boleh ajak orang bergoyang sama.

Lagu: Opahku Bilang
Komposer: Keroz, Faan & Nomad
Lirik: AD Samad
Artis: Zainal Abidin
Komen M Nasir: Bila Malaysia anjurkan World Cup nanti. Lagu ini sesuai dipersembahkan. Lagu ini juga sesuai dengan jiwa Zainal Abidin.

Keputusan undian sebelum konsert ke-5

1.NERO 32%
2.RINA 20%
3.FAAN 13%
4.KHOO 13%
5.NAZRIN 8%
6.KEROZ 7%
7.NOMAD 6%

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top