AF9 kali ini merupakan rancangan terakhir, di mana ia tidak akan diteruskan lagi pada tahun-tahun hadapan.

Bukan kerana AF sudah tidak mempunyai peminat ataupun sudah tidak mampu untuk bersaing dengan program-program lain, tetapi ia direhatkan kerana kami mahu memberi peluang pada program-program lain untuk memulakan siarannya di Astro Ria.

AF9 Tampilkan Kelainan

Memberi peluang untuk orang ramai menguji bakat mereka untuk menyertai keluarga terakhir AF9,pengurus saluran Astro Ria, Azlin Reza menjanjikan kelainan untuk setiap minggu konsert AF9 nanti.



"Kami akan bawakan kejutan-kejutan menarik disetiap konsert AF9 daripada minggu pertama hinggalah terakhir, di setiap konsert akan merangkumkan kembali nastolgia-nastolgia lama sejak AF1 hingga AF8.

"Kami mengimbas kembali apa yang pernah berlaku sepanjang musim AF untuk paparan peminat-peminat setia AF, yang selama ini banyak menyokong," luah Azlin.




Pengetua Erwin Gutawa?

Mengumumkan bakal mengambil pengetua yang terkenal di serantau Asia, Azlin bagaimanapun enggan memberi komen ketika ditanya sama ada komposer terkenal Indonesia, Erwin Gutawa bakal menjadi pengetua AF9 nanti.

"Kami mahu beri yang terbaik untuk konsert terakhir ini dan menjanjikan pengetua yang terkenal di rantau Asia serta hos yang sememangnya terkenal.

"Apa yang pasti kami mahu AF9 menjadi satu memori yang indah untuk semua peminat AF," kata Azlin.

1 ulasan:

  1. Mungkin sebab bulan puasa tahun depan jatuh bulan 7 and then af start bulan 5 mungkin habis bulan 7 so tak sesuailah nak buat... yalah orang tengah nak puasa nanti kena tegur pulak artis af tak pergi solat terawih... mungkin... huhuhuhu

    BalasPadam

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top