CarefreeGirl Bebaskan Bakatmu terbuka kepada semua wanita tempatan berusia antara 18 hingga 35 tahun. Permohonan dalam talian dibuka pada 1 Februari 2011, dan setiap sesi uji bakat ditutup pada hari uji bakat diadakan. Semua maklumat mengenai permohonan dan uji bakat boleh didapati di www.facebook.com/mycarefree.

Carefree membuka peluang berlakon bersama Scha Al-Yahya dalam pertandingan Pencarian Carefree Girl Bebaskan Bakatmu.

Pencarian tersebut bertujuan untuk mencari bakat dan pelakon baru wanita tempatan berusia antara 18 hingga 35 tahun untuk bergandingan bersama Scha dalam siri drama TV baru yang akan disiarkan pada bulan Jun ini.


Justeru itu duta jenama tuala wanita, Carefree, Scha menyeru wanita negara ini untuk menyertai sesi uji bakat pertandingan tersebut yang akan diadakan di seluruh negara bermula akhir Feburuari ini.

"Ini merupakan peluang keemasan yang sukar untuk ditemui. Jadi wanita yang berbakat di luar sana, inilah cara mudah untuk mendapat peluang berlakon dalam siri drama TV serta memenangai hadiah yang lumayan. Gadis Cerefree bakal memengangi wang tunai berjumlah RM10,000 serta barangan panty liner, Carefree," katanya

Menariknya, Scha dan salah seorang lagi bintang gandingan drama TV tersebut iaitu Marsha Londoh atau Awal Ashaari juga akan turut hadir ke sesi uji bakat berkenaan sebagai sebahagian juri kepada sesi uji bakat berkenaan.

Pengarah Pemasaran Johnson & Johnson Malayisa, Stanford Guo dalam kenyataannya memberitahu Carefree Girl Bebaskan Bakatmu merupakan insiatifnya untuk melahirkan bakat gadis yang penuh semangat dan berkeyakinan untuk memainkan peranan dalam drama siri TV yang bakal disiarkan tidak lama lagi.

"Memang banyak peraduan pencarian bakat di negara ini, namun kami percaya platform pencarian kami membuka jalan kepada gadis-gadis yang masih amatur untuk mendapat peluang dan pendedahan kepada lakonan drama.

"Mereka akan diberi peluang melakonkan watak penting dalam siri televisyen yang turut dilakonkan oleh bintang-bintang lain dan diterbitkan secara profesional. Cara ini membolehkan peserta menjadi popular sekiranya mereka menang," jelas Guo.

Perjalanan menjadi bintang Carefree Girl adalah mudah. Pencarian bermula dengan pusingan kelayakan untuk menjadi finalis melalui sesi uji bakat di seluruh negara yang akan diadakan pada bulan Februari dan Mac ini, diikuti dengan pencarian di peringkat akhir di Kuala Lumpur, akhir bulan April depan.

Pemenangnya akan terus menerima latihan untuk peranan yang bakal dilakonkan sebelum memulakan pengambaran dalam produksi drama TV tersebut. Ianya akan ke udara di Astro Ria pada akhir bulan Mei nanti.

Sesi uji bakat di seluruh negara untuk pencarian Carefree Girl Bebaskan Bakatmu akan diadakan di 4 cawangan pasar raya besar Giant. Bermula di Giant Plentong, Johor pada 26 & 27 Februari ini, seterusnya di Giant City Mall, Kota Kinabalu dan Giant Bayan Baru Butterworth, Pulau Pinang, masing-masing pada 5 & 6 dan 12 & 13 Mac dan akan berakhir di Giant Bandar Kinrara, Selangor pada 19 & 20 Mac, 2011.

Terdapat tiga cara untuk menyertai sesi uji bakat.

* Pertama, beli pek pemulaan CarefreePertama Saya dengan panty liner Ultra Thin & Super Dry bernilai RM8.90, atau panty liner Acti-Fresh & Healthy Fresh bernilai RM11.90.
* Masuk ke laman facebook Carefreedi www.facebook.com/mycarefree atau dengan mencari "Pink Daisy". Ini akan membawa anda ke laman permohonan Carefree® Girl Bebaskan Bakatmu.
* Isikan borang permohonan, sertakan bukti pembelian dengan memuat naik imbasan atau foto resit, sertakan satu (1) gambar sendiri yang terbaharu (gambar muka) dan hantar.

Susulan daripada penghantaran borang permohonan, pendaftar hendaklah pergi ke lokasi uji bakat di outlet Giant yang telah mereka pilih dalam permohonan mereka. Untuk menyertai uji bakat lain yang bukan di negeri tempat tinggal mereka, peserta hendaklah menghantar permohonan baru bagi setiap lokasi uji bakat yang berbeza.

Selain daripada permohonan digital, permohonan boleh juga dibuat pada hari uji bakat itu sendiri, di lokasi yang disenaraikan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top