Minggu ke-6 Raja Lawak musim ke-5 bakal dihiburkan dengan tema Cerita Kedai Kopi. Tugasan baru ini telah disampaikan oleh bekas Raja Lawak musim ke-2, Nabil. Lebih menarik lagi, tugasan ini disampaikan di tempat menarik dalam negeri kelahiran Nabil. Sudah tentunya Port Dickson dipilih sebagai lokasi untuk penyerahan tugasan minggu ini.

Dalam masyarakat Melayu yang menetap di kampung, aktiviti "lepak" di kedai kopi menjadi salah satu agenda utama seharian. Tidak sah jika sehari tidak lepak bersama ahli masyarakat termasuk Ketua Kampung jika tidak "lepak" di kedai kopi atau warong. Dalam suasana santai itu pasti akan ada seorang atau beberapa orang yang akan menjadi pencerita atau penggamat suasana. Mungkinkah watak ini yang akan dimainkan oleh peserta Raja Lawak 5 minggu ini? Nantikan dalam Gelanggang Raja Lawak, Jumaat ini, 9 malam di Astro Prima (105).

Undi Raja Lawak kegemaran anda! Taip LAWAK atau LAWAK<3/5/10/20> untuk (3/5/10/20 undian) ke 32999 ; Contoh : LAWAK5 ke 32999.

Muat turun aplikasi Raja Lawak untuk pengguna iPhone dan Android! Taip RL5 dan hantar ke 32999. Klik pada URL yang diberikan di dalam SMS untuk muat turun.

Untuk maklumat terkini Raja Lawak 5, layari laman sosial Facebook dan Twitter di http://www.facebook.com/RajaLawak5 dan http://twitter.com/RajaLawakAstro.


UPDATE:
Kumpulan PUKAW tersingkir dalam Minggu ke-6 Raja Lawak. Minggu ke-6 Raja Lawak musim ke-5 dihiburkan dengan tema Cerita Kedai Kopi. Kumpulan PUKAW, semoga maju jaya di luar sana.




0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top