Pelajar Universiti Malaya (UM), Noorazmira Akmar Ayob atau Mira, 22, tergamam apabila namanya disebut hos Tiada Lama Tiada Baharu, Satu-Satunya (TLTBSS), Azwan Ali dan Didie Alias sebagai peserta yang memenangi minggu ke-3 TLTBSS bagi kategori nyanyian.

Manakala bagi kategori wajah seiras artis, anak kelahiran Pinang iaitu Azzerulnizar Azizan atau Zerul, 29, yang mempunyai wajah mirip Izad Exist turut sama merasai perasaan seperti Mira setelah dia diumumkan sebagai pemenang minggu ke-3.


"Ini pertama kali saya menyertai program realiti TV. Pun begitu, saya pernah mewakili Pahang untuk pertandingan Bintang Kecil pada 2000. Sesungguhnya, saya amat teruja dan seronok kerana saya terpilih untuk bertanding pada minggu Noraniza Idris.

"Saya memang mengkagumi bakat Noraniza dan bersyukur kerana dapat menimba ilmu darinya. Saya lebih bersyukur dan tidak menyangka diumumkan sebagai pemenang. Apatah lagi saya menjadi peserta wanita pertama yang memenangi kategori nyanyian selepas Umar dan Hadi.

"Apapun, untuk pertandingan akhir nanti saya perlu lebih berjaga-jaga dan mengurangkan masalah gugup di pentas. Masa saya dibimbing oleh Noraniza, dia pun nampak saya sangat lemah dalam hal itu. Bagi saya, setakat ini setiap peserta yang menang kesemuanya ada kelebihan masing-masing," kata Mira kepada murai.com.my.

Berkongsi perasaan yang sama, Zerul yang bertugas sebagai Penguat Kuasa di Rapid Penang berkata, dia sama sekali tidak menyangka kerana saingannya untuk kategori ini iaitu memanglah hebat.

"Sejak Izad keluar album lagi, orang dah mula kata saya ada wajah sepertinya. Saya rasa seronok apabila orang kata saya ada wajah Izad. Setakat ini, saya hanya dapat berjumpa Izad sewaktu bertanding minggu lalu.

"Terus-terang masa saya dapat berjumpanya malam itu, saya gembira dan akhirnya Tuhan makbulkan permintaan saya untuk berjumpanya. Dengan kemenangan ini, saya amat gembira dan bersyukur Allah berikan saya rezeki. Terima kasih kepada semua penyokong saya.

"Apapun, saya merasakan Izad adalah Izad dan saya adalah saya. Muka kami memang agak seirasa namun hati kami lain-lain. Saya terima segala komen orang dan akan memperbaiki untuk karier saya pada masa akan dating. Perwatakan saya tidak sama seperti tapi ada orang kata suara saya ada sikit macam dia,"

TLTBSS disiarkan secara langsung dari Studio 1, RTM pada setiap hari Jumaat pukul 9 malam di saluran RTM1. Portal hiburan, murai.com.my telah dipilih selaku portal rasmi program tersebut .

Konsep program realiti ini sangat unik, di mana setiap minggu tiga peserta akan bertanding dengan membawakan lagu ikon masing-masing.

Pemenang dari minggu pertama hingga minggu ke- 11, akan bertanding di peringkat separuh akhir yang diadakan pada minggu ke-12 bersama tiga peserta wildcard. Seramai 10 peserta akan terpilih untuk bertanding di peringkat final pada minggu ke-13 nanti.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top