Berikut keputusan minggu ke-6:

1. Leman : 18.7%
2. Nazmi : 13.2%
3. Balas. : 12.7%
4. Man : 12.3%
5. R2 :12.2%
6. Lucky : 11.6%
7. Epy. : 11.3%
8. Pukaw: 8%

Kumpulan Pukaw menjadi peserta kelima tersingkir dari gelanggang Raja Lawak Musim Kelima (RL 5).



Hanya mendapat undian 8 peratus, Pukaw yang dianggotai oleh Indra, Ai dan Kecik terpaksa menerima hakikat hasrat mereka untuk bergelar Juara RL5 telah pun musnah.

Dapat menjangkakan bakal menjadi mangsa minggu keenam ini, jelas Indra, mereka telah pun mempersembahkan sebuah lawak yang terbaik namun undian khidmat pesanan ringkas (sms) tidak menyebelahi mereka.

"Walaupun terkeluar tapi kami bersyukur kerana dapat bertahan sehingga minggu keenam. Kami berpuas hati dengan persembahan tadi tapi kami terpaksa terima hakikat tersingkir juga minggu ini," katanya ketika ditemui selepas program berkenaan.

Jelas Indra lagi, sebelum gelanggang bermula undian sms yang diterima mereka sememangnya rendah.

Enggan berfikiran negatif, Indra berkata ia sedikit pun tidak menganggu persembahan mereka malah sudah bersedia sekiranya tersingkir.

"Sebelum mula undian kami paling rendah tapi kami tak mahu fikirkan perkara tersebut. Bagi kami undian boleh berubah sekelip mata sahaja tapi apabila disebut sebagai peserta yang tersingkir kami dah dapat jangka," jelas lagi.

Membawakan tema spontan pada minggu ini jelas Ai pula, tema tersebut amat digemari mereka.

"Kami memang suka spontan berbanding tema terikat yang ditetapkan setiap minggu. Bagi kami spontan lebih mencabar kreativiti pelawak kerana bukannya mudah untuk kita nak fikir secara pantas dan menghiburkan orang.

"Tapi dah tertulis rezeki kami setakat ini jadi kami menerimanya," ujarnya kesemua peserta diberitahu tema spontan dua jam sebelum rancangan bermula.

Penyingkiran Pukaw, menyaksikan tujuh lagi peserta iaitu Epy, kumpulan R2, Man, kumpulan Lucky, Nazmi, Leman dan kumpulan Balas berpeluang merebut gelaran Juara RL 5.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top