Konsert Keunggulan 33 Tahun Francissca Peter menawarkan harga tiket bermula RM99, RM149, RM189, RM239 dan RM299 yang boleh dibeli secara online di www.francisscapeter-concert.com, wwww.airasiaredtix.com dan www.ticket2u.biz atau menelefon 03-4147 8600.


Fran akan turut menyanyikan 33 lagu popularnya termasuk Sekadar Di Pinggiran, Aku Hanya Pendatang, Kerna Terpaksa dan Mawar Terpinggir bersama 33 pemuzik orkestra Malah kepada mereka yang merindui rakan duet Fran ketika zaman muda remajanya, Roy (Royston Sta Maria), penyanyi itu akan menjadi tetamu istimewa Fran yang diterbangkan dari Australia. Menjanjikan yang terbaik kepada penonton, Fran juga mendapatkan khidmat sahabat lamanya, Datuk Ramli MS, selaku pengarah muzik orkestra bagi konsert gemilang itu.

Konsert ini juga bertepatan dengan pengeluaran album kompilasi 'Keunggulan Francissca Peter' dan adalah sebahagian daripada aturcara untuk meraikan Hari Wilayah Persekutuan. Terbitan album kompilasi ini sinonim dengan kempen Perdana Menteri kita, 1 Malaysia.

Artis-artis undangan yang akan turut menjayakan konsert ini adalah Royston Sta Maria dan Imran Ajmain.
Pada hari konsert nanti, Eye Design juga akan menjual beberapa barangan eksklusif, antaranya kompilasi kesemua album Fran dalan bentuk ‘box set’ pada harga istimewa. Tawaran eksklusif dihasilkan Warner Music Malaysia dan tidak akan dijual di mana-mana kedai muzik.


Tag: Keunggulan Francissca Peter, Konsert Keunggulan 33 Tahun Francissca Peter

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top