Bapa tiri Rita Rudaini meninggal dunia

Bapa tiri kepada pelakon Rita Rudaini, Johari Joned, 66, meninggal dunia di Hospital Kangar, Perlis kira-kira pukul 5 petang ini kerana sakit jantung.

Menurut Rita, bapa tirinya itu menderita sakit jantung sejak lebih lima tahun lalu dan sudah menjalani pembedahan pintasan jantung sebanyak dua kali sejak dua tahun lalu.

Katanya, allahyarham yang berkahwin dengan ibunya, Basariah Ibrahim pada awal 1980-an bertanggungjawab menjaganya sejak kecil selepas kedua ibu bapanya bercerai ketika usianya masih kecil.

"Ini satu kehilangan yang amat besar bagi saya dan anak-anak.

"Dia adalah ayah dan datuk yang sangat baik kepada saya dan anak-anak. Arwah sangat kasih dan sayang kepada anak anak saya terutama selepas saya dan bekas suami bercerai. Pemergian arwah 'uncle' bermakna anak-anak saya kehilangan datuk tempat bermanja," kata Rita yang sempat berada di sisi arwah sebelum meninggal dunia.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sentua, Utan Aji, Perlis.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top