Kekasih Hafiz Suip cantik

Jika sebelum ini penyanyi popular Hafiz Suip tidak pernah mendedahkan siapa wanita yang sedang bertakhkta dihatinya, namun kini tidak lagi kerana Hafiz sudah pun mendedahkan wajah kekasihnya itu.

Melihat kepada foto yang dimuat naik Hafiz baru-baru ini jelas kelihatan dia kini sedang berbahagia menyulam cinta.

Bagaimanapun setelah diamati, kekasih Hafiz itu bukanlah orang dalam industri seni. Sebelum ini juga Hafiz pernah mengakui teman wanitanya seorang pelajar institusi pengajian tinggi.

Siapa sangka Hafiz sebenarnya seorang kekasih yang romantis kerana dia memuat naik gambar buah hatinya di laman sosial Instagram miliknya hanya untuk memberi ucapan hari jadi.


Rasanya itulah pertama kali Hafiz mendedahkan kepada umum wajah kekasihnya yang dipanggil ‘my love’ itu.

Dalam pada itu, para peminat Hafiz dilihat memberi sokongan kepada hubungan cintanya selain mengucapkan selamat hari jadi kepada ‘teman’ disisi penyanyi itu.

Sementara itu, kekasih Hafiz turut membalas ucapan terima kasih kepada teman lelakinya itu, dan ia telah dibalas oleh Hafiz yang meminta kekasihnya berterima kasih kepada semua peminat yang telah mendoakan hubungan mereka.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top