Sinopsis Bahaya Cinta (Dangerously Love)

Kisah bermula tentang pasangan kekasih yang terpisah akibat faktor geografi yang terus memutuskan mereka berdekat-dekat lamanya.

Bagaimanapun, jauh di sudut hati mereka masih terpahat perasaan sayang dan ingin tahu tentang keadaan masing-masing.

Kisah keluarga Iskandar lakonan Adam AF sementara ibunya, lakonan Fadilah Mansor sebagai Dong Ai menjadi bekas pelarian Vietnam dan berkahwin dengan orang tempatan, iaitu lelaki Melayu yang pernah menyelamatkannya daripada mati lemas.


Selepas berkahwin, dia dikurniakan anak lelaki, Iskandar (Adam AF).

Selepas kematian bapanya, ibu Iskandar mengungkit kenangan silam terhadap kalung yang diberikan bekas kekasihnya, Ai Nguan, lebih tiga dekad yang lalu.

Ibu Iskandar mahukan anaknya menjejak lelaki istimewa itu di Vietnam mengikut 'gerak hati'.

Satu hari, Iskandar dapat peluang ke Hanoi dan peluang itu digunakan ibunya untuk meminta Iskandar menyampaikan loket kepada bekas teman lelakinya di sana.

Tanpa alamat dan petunjuk, Iskandar meneroka bandar Hanoi hinggalah terjebak dalam sindiket dadah dan kongsi gelap selepas menyelamatkan seorang gadis dari Indonesia yang kebetulan berada di tempat sama.

Filem Bahaya Cinta adalah usaha sama pertama membabitkan Malaysia, Indonesia dan Vietnam. Hampir 70 peratus penggambaran dilakukan di Hanoi, Vietnam.

FILEM: Bahaya Cinta

PENGARAH: Yusof Kelana

PELAKON: Adam AF, Datuk Jalaluddin Hassan, Fadilah Mansor dan Man Raja Lawak (Malaysia) Han Dan, Luong Giang dan Nguyen Duc Hung (Vietnam), Dewi Armanda (Indonesia).

DURASI: 1 Jam  52  Minit

GENRE: Drama/ Romantik/ Aksi

TERBITAN: YKS Film Maker/Sheunik Sdn Bhd (Malaysia) dan Redbridge TV & Film Production (Vietnam)

TARIKH TAYANGAN: 1 Mei 2014

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top