Pakcik Jamal (Mini Parlimen) meninggal dunia 

Pakcik Jamal atau Jamal Muhamad, 75 menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 11 pagi tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya.

Jamal yang juga personaliti televisyen veteran popular dengan watak Speaker menerusi program Mini Parlimen terbitan RTM di era 80-an mengalami sesak nafas sejak kelmarin.

 Akhbar hari ini melaporkan, Jamal tenat dan tidak sedarkan diri di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya, semalam, selepas mengadu sesak nafas.

Pakcik Jamal (Mini Parlimen)

Jamal atau lebih mesra disapa Pak Cik Jamal melalui program Mini Parlimen yang popular pada era 1980-an, turut menjalani ujian khas mengesan virus Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV), berikutan beliau baru pulang daripada mengerjakan umrah pada 30 April lalu.

Anak beliau, Sheila berkata, ayahnya mengalami masalah pernafasan yang didakwa berpunca daripada penyakit ankylosing spondylitis yang dihidapi sejak 14 tahun lalu, menyebabkan tulang belakang Jamal membengkok hingga mengganggu paru-paru.

Katanya, ayahnya dikejarkan ke Hospital Putrajaya menggunakan ambulans selepas mengadu sukar bernafas, tengah hari kelmarin.

Sejak pulang daripada mengerjakan umrah bulan lalu, kesihatan ayah makin terganggu.

Ayah terpaksa dikuarantin sebelum keputusan mengenai virus itu diketahui antara tiga hingga empat hari lagi.

Selain itu, keadaan ayah mungkin disebabkan penyakit tulang belakang yang makin membengkok hingga menekan paru-paru.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top