Takziah buat Seniman Datuk Aziz sattar.. Moga roh beliau di tempatkan dikalangan orang2 yg beriman.. Al-Fatihah..

Seniman Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia di Pusat Perubatan KPJ Kajang dekat sini kira-kira pukul 2 pagi Selasa.

Berita kematian Allahyarham itu disahkan oleh cucunya, Abu Ubaidah A. Ishak menerusi Twitter miliknya kira-kira pukul 2.15 pagi.

“Atok saya, Datuk Aziz Sattar telah menghembuskan nafas terakhir jam 2 pagi tadi (Selasa). Sedekahkan Al-Fatihah,” katanya dalam Twitter miliknya itu.

Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung.

Abu Ubaidah ketika dihubungi pula berkata, Aziz tiba-tiba mengalami sesak nafas kira-kira pukul 1.30 pagi sebelum tidak sedarkan diri selepas itu.

Jelas Abu Ubaidah lagi, dia berada di pusat perubatan berkenaan ketika Allahyarham menghembuskan nafas terakhir dan reda dengan pemergian datuk kesayangannya itu.

"Sebelum ini keadaannya stabil kerana doktor mengatakan ia hanya serangan jantung biasa namun Allah lebih menyayanginya dan kami sekeluarga reda dengan pemergiannya," katanya.

Dalam pada itu jenazah telah dibawa pulang ke kediaman Allahyarham di Bandar Tun Hussien Onn, Cheras dekat sini sebelum urusan memandikan jenazah dilakukan di Surau Al-Amin, pada pukul 11 pagi.

Jenazah dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Cheras.

Pada malam Ahad lalu Allahyarham dikejarkan ke pusat perubatan berkenaan akibat serangan jantung tetapi keadaannya dilaporkan stabil dan ditempatkan di Unit Rawatan Korinari (CCU).

Sementara itu wartawan mStar Online, Mohd Al-Qayum Azizi melaporkan, suasana hiba menyelubungi perkarangan surau tersebut yang dipenuhi sanak saudara, rakan artis dan sahabat handai Allahyarham.

Antara kenalan artis yang dilihat berada bagi memberi penghormatan kepada Allahyarham adalah Datuk Mustafa Maarof, Datuk Sarimah Ahmad, Datuk Aziz Singah, AR Badul, Norlia Ghani, Datin Rosnani Jamil, Hans Isaac, Melissa Saila, Fauziah Ahmad Daud, Datuk Rosyam Nor, Fizo Omar dan Aizat Amdan.


Seniman Aziz Sattar Meninggal Dunia

Diterbitkan: Selasa, 6 Mei 2014 2:53 AM

    Niezam Abdullah

    Oleh: NIEZAM ABDULLAH
    niezam@thestar.com.my

aziz sattar

Seniman Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia di Pusat Perubatan KPJ Kajang dekat sini kira-kira pukul 2 pagi Selasa.

Berita kematian Allahyarham itu disahkan oleh cucunya, Abu Ubaidah A. Ishak menerusi Twitter miliknya kira-kira pukul 2.15 pagi.

“Atok saya, Datuk Aziz Sattar telah menghembuskan nafas terakhir jam 2 pagi tadi (Selasa). Sedekahkan Al-Fatihah,” katanya dalam Twitter miliknya itu.

Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung.

Abu Ubaidah ketika dihubungi pula berkata, Aziz tiba-tiba mengalami sesak nafas kira-kira pukul 1.30 pagi sebelum tidak sedarkan diri selepas itu.

Jelas Abu Ubaidah lagi, dia berada di pusat perubatan berkenaan ketika Allahyarham menghembuskan nafas terakhir dan reda dengan pemergian datuk kesayangannya itu.

"Sebelum ini keadaannya stabil kerana doktor mengatakan ia hanya serangan jantung biasa namun Allah lebih menyayanginya dan kami sekeluarga reda dengan pemergiannya," katanya.

Dalam pada itu jenazah telah dibawa pulang ke kediaman Allahyarham di Bandar Tun Hussien Onn, Cheras dekat sini sebelum urusan memandikan jenazah dilakukan di Surau Al-Amin, pada pukul 11 pagi.

Jenazah dijangka akan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Cheras.


Pada malam Ahad lalu Allahyarham dikejarkan ke pusat perubatan berkenaan akibat serangan jantung tetapi keadaannya dilaporkan stabil dan ditempatkan di Unit Rawatan Korinari (CCU).

Suasana hiba menyelubungi perkarangan surau tersebut yang dipenuhi sanak saudara, rakan artis dan sahabat handai Allahyarham.



Antara kenalan artis yang dilihat berada bagi memberi penghormatan kepada Allahyarham adalah Datuk Mustafa Maarof, Datuk Sarimah Ahmad, Datuk Aziz Singah, AR Badul, Norlia Ghani, Datin Rosnani Jamil, Hans Isaac, Melissa Saila, Fauziah Ahmad Daud, Datuk Rosyam Nor, Fizo Omar dan Aizat Amdan. ~ mstar

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top