Sinopsis Still 2

Still 2 iaitu rendisi kedua selepas kejayaan filem Still pada 2010. Kali ini ia memaparkan empat cerita seram unik yang mempunyai empat kisah kematian tragik tersendiri.

Menariknya, ia diangkat daripada beberapa kisah benar dikatakan berlaku dan pernah diterbitkan di media negara itu sebelum ini.

Bahagian pertama mengenai The Holy Sin karya pengarah Thanadol mengisahkan Non, sami muda terpaksa meninggalkan dunia sami untuk menjaga kekasihnya Ploy yang sakit.

Malangnya Ploy ditemui mati ketika Non keluar selepas bergaduh dengan Ploy. Seperti biasa, plot seterusnya mayat Ploy di buang tanpa diurus dengan betul kerana takut menjadi kes polis.

Bahagian kedua, Fell Off Highway karya Ping Thammanoon mengisahkan Ant jatuh cinta dengan rakan sekerja, Pobe. Sa mati dengan tragis dan Ant serta Pobe dihantui roh Sa yang mahu Ant mati.

Bahagian ketiga, The Air Vent karya Poj Anon membabitkan kematian tetamu hotel yang menghantui pemuzik, Tag. Tag diganggu roh gadis mati dibunuh di hotel tempatnya menginap kerana pada saat gadis itu mati, Tag tidak melakukan apa-apa.

Cerita terakhir, The Ghost Brother' Talor Soi 9 oleh pengarah Mike-Ahisra mengangkat kisah di lokasi paling seram di Thailand dikenali sebagai Talor Soi 9 dipercayai kelab malam ditinggalkan.

Ia menempatkan hantu pelacur yang mati dengan tragis dan roh mereka masih terawang-awang dalam keadaan menyakitkan.

Menariknya, empat cerita ini dijalin dengan cara mudah difahami dengan sokongan sinematografi estetik, sama seperti kebanyakan filem seram Thai yang sangat menjaga kualiti visual dan audio.

Malah, efek seram dan suasana suram berjaya memberi momen sendiri, serta diulit pula dengan lagu runut yang kena dengan jalan cerita.

Still 2 kuat kerana ada empat jalan cerita klise seram yang memelakukan mang membuatkan penonton gelisah.

Ia tidak perlukan dialog panjang lebar untuk bercerita kisah di sebalik kejadian, cukup dengan aksi dan emosi serta mimik muka setiap pelakon yang berdepan roh jahat.



FILEM: Still 2

ARAHAN: Tanadol Nuansuth, Tammanoon SomboonTanhom, Poj Apiruj dan Achira Noktaes

PELAKON: Pichaya Nitipaisalkul, Manutsanun Punlertwongsakul, Chotwut Bunyasith, Pimchanok Luevisadpaibul, Nutpassara Adulayametasiri, Charm Osathanond, Paranyou Rojanawutitum, Chalee Trirat, Oranuch Ounsawasd, Jazz Chuanchuen, Bank Pongsakorn dan Tunwarin Sukapisit

GENRE: Seram

TAYANGAN: 8 Mei 2014

Kepada peminat filem seram Thailand, Still 2 pasti memberi kepuasan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top