JLo mahu berkawan dengan Mariah Carey

Apa agaknya yang berlaku jika dua diva Hollywood ini menjadi teman baik?

Itulah yang diimpikan penyanyi latin seksi, Jennifer Lopez atau lebih dikenali sebagai JLo yang rupa-rupanya adalah seorang peminat setia Mariah Carey.

JLo, 44, dalam temu bual bersama media Hollywood mengakui sudah lama mahu berkenalan dengan Carey "Saya mahu berjumpa Carey dan menjadi sahabatnya. Saya fikir Carey sangat berbakat dan selama ini saya adalah peminat beliau," katanya.

Mengaku tidak pernah menghadapi masalah dengan Carey, apatah lagi mereka belum pernah bertemu, JLo bagaimanapun 'terganggu' dengan beberapa kenyataan negatif yang dinyatakan Carey terhadapnya dalam media.

"Single My All adalah antara lagu Carey kegemaran saya sepanjang masa. Saya suka dia.


Namun, saya sedih apabila mendengar komen negatif daripadanya kerana saya adalah peminat beliau," katanya.

JLo berkata, apa yang berlaku mungkin salah faham atau perkara yang tersebar dari 'mulut ke mulut' yang tidak pasti kebenarannya.

JLo dan Carey masing-masing pernah menjadi juri dalam program realiti popular, American Idol untuk beberapa musim. ~ BH

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top