Sinopsis The Rover 

The Rover  memaparkan kisah berlatar belakangkan pedalaman Australia yang wujud selepas berlaku perubahan pada negara itu di masa depan. Karakter lelaki pendiam, emosi kosong bernama Eric (lakonan Guy Pearce) ternampak keretanya dicuri sekumpulan geng dan cuba mendapatkannya semula.

Untuk itu, Eric mendapatkan bantuan beberapa penjahat yang sebenarnya lebih kepada mereka yang berjuang untuk hidup dalam dunia itu.

Akhirnya dia bertemu lelaki yang cedera tetapi cukup ringkas dari satu geng lain bernama Rey. Mereka mula membina hubungan yang tertekan kerana masingmasing ada agenda dan pilihan sendiri.

Menariknya mengenai The Rover bukan kerana ia drama berat yang menekankan aspek lakonan sematamata tetapi kerana pengarahnya, David Michod memilih bercerita berdasarkan situasi sebenarnya yang mungkin berlaku di masa depan.

The Rover Official Trailer


FILEM: The Rover

ARAHAN: David Michod

PELAKON: Guy Pearce, Robert Pattinson, David Field dan Scoot McNairy

GENRE: Drama

SHOW: June 19, 2014

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top