Kepoh juara Bintang Mencari Bintang 2014

Kumpulan Kepoh telah dinobatkan sebagai juara Bintang Mencari Bintang 2014

Kumpulan Kepoh muncul sebagai juara program Bintang Mencari Bintang musim kedua (BMB2) pada peringkat akhir yang diadakan di Stadium Malawati dekat sini pada malam Ahad.

Kepoh merupkan kumpulan didikan pelakon Adlin Aman Ramlie dianggotai oleh Lizujuhan Hamzah, 27 dan Suffian Shafri Ibrahim, 27 menumpaskan dua kumpulan lain yang turut bertanding iaitu Sumbu dan Mmmmm dengan markah sebanyak 67 peratus.

Kemenangan itu sekaligus melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM200,000 berserta trofi.

Kumpulan Sumbu yang dianggotai oleh Mohd Kamal Shah, 25 dan Mohammad Ariff Fardillah, 25 serta sifu mereka, Ebby Yus pula muncul sebagai naib juara.

Sementara itu, kumpulan Mmmmm yang dianggotai oleh Mohd Azwan Sabri, 28 dan Mohd Ilham Rusdy, 24 serta sifu mereka Afdlin Shauki terpaksa berpuas hati ditempat ketiga.

Naib juara membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 manakala Mmmmm RM50,000 berserta trofi.

Kepoh ketika ditemui berkata, mereka bersyukur dengan kemenangan tersebut namun mengakui persaingan daripada dua kumpulan lain cukup sengit.

Maka berakhirlah Bintang Mencari Bintang 2014!

Tahniah KEPOH kerana berjaya menjadi juara dan tahniah SUMBU dan MMMMM kerana berjaya ke pusingan akhir!

Kumpulan Kepoh

Terima kasih atas sokongan anda selama ini!

#BMB2014

1 ulasan:

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top