Sekolah sihir Harry Potter dibuka

Berita baik buat peminat Harry Porter. Taman hiburan yang terletak di Universal Studio Orlando bakal menambah keasyikan pengunjung apabila melengkapi lokasi tumpuan ramai itu dengan Muggle dan Hogwarts Express.

Sekolah sihir Hogwarts yang popular dalam siri filem Harry Potter itu dijadualkan beroperasi bermula 8 Julai ini.

Pengurusan Universal Studio berkata, permainan yang dijangka mendapat sambutan hebat ialah Escape From Gringotts yang menyajikan pengalaman berada di tengah-tengah pertempuran dramatik seperti dalam filem terbabit.

Difahamkan pengunjung akan dikenakan dua tiket, sekali gus membolehkan mereka masuk ke taman tema dan kemudian berasakan debaran menyertai sekolah Harry Porter.

Tiket memasuki taman teman berkenaan dijual pada harga RM437 untuk golongan dewasa, manakala kanak-kanak pula RM417. ~ BH

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top