Masya Juara Ceria Popstar 2

Masya diumumkan sebagai juara pertandingan Ceria Popstar 2 yang disiarkan secara langsung dari Studio Perbadanan Kemajuan Filem (Finas).

Masya atau nama sebenar Siti Nur Masyitah,14, membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000, percutian 3 hari 2 malam di atas Cruise tajaan Malaysian Harmony Tour and Travel, jam tangan Puma dan trofi.

Dalam konsert akhir itu, Masya yang juga anak didik kepada penyanyi Hazama membawa lagu Di Pintu Syurga pada pusingan pertama dan Teman Bintang pada pusingan kedua yang juga merupakan lagu baru.


Sementara tempat kedua dimenangi oleh Iqbal, 15, dengan menyanyikan lagu Matahariku dan Bahagiamu Deritaku. Dia membawa pulamg wang tunai  RM15,000, penginapan di Holiday Villa 3 hari 2 malam, jam tangan Puma dan trofi.

Sementara itu tempat ketiga dan keempat dimenangi oleh kumpulan JoMeGo dan Erissa dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM10,000 dan RM5,000. ~ mstar

2 ulasan:

  1. kenapa masya jadi juara... it's okay...i love iqbal......

    BalasPadam
  2. Tahniah Masya ..

    BalasPadam

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top