Kaki Harrison Ford cedera di lokasi Star Wars: Episode VII

Bintang veteran, Harrison Ford, kini berada dalam keadaan baik selepas menjalani pembedahan merawat kakinya yang patah ketika menjalani penggambaran Star Wars: Episode VII.

Hujung minggu lalu, pegawai publisiti pelakon itu memaklumkan, Ford berada dalam keadaan baik selepas pembedahan dan dijangka memulakan sesi pemilihan dalam masa terdekat.

Menurut laporan AP, Ford tercedera lebih seminggu lalu sewaktu menjayakan penggambaran filem yang sememangnya amat dinantinantikan peminat di Pinewood Studios, di luar kota London.

Kejadian berlaku apabila pintu kapal angkasa terjatuh ke atas kaki aktor berusia 71 tahun terbabit. Watak Han Solo lakonan Ford memandu Millennium Falcon, yang membuat kemunculan semula dalam Episode VII.

Disney pula berkata, penggambaran diteruskan ketika pelakon berkenaan berehat bagi merawat kecederaan itu. Aktor berkenaan mungkin akan direhatkan daripada penggambaran bagi tempoh dua bulan.

Ford ialah antara beberapa bintang asal Star Wars yang membuat kemunculan dalam filem susulan arahan J.J.

Abrams itu. Selain dirinya, pelakon asal lain yang turut membintanginya ialah Mark Hamill, Carrie Fisher dan Peter Mayhew. ~ BH

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top