LOS ANGELES: Temuramah majalah Vogue dengan Jennifer Aniston dilapor menyebabkan rasa kurang senang bekas suami pelakon itu, Brad Pitt dan pasangannya Angelina Jolie.

Walaupun Aniston dilihat ramai sebagai mangsa perbuatan Jolie dan Pitt, sumber menyatakan Pitt menelefonnya dan membantah pandangan pelakon itu terhadap kenyataan Jolie mengenai bagaimana hubungan mereka bermula.

Penulis pojok Chicago Sun Times, Bill Zwecker menyatakan Pitt dan Jolie 'benar-benar kecewa' dengan temuramah disiarkan majalah itu yang menyatakan Jolie menjadi punca keruntuhan rumah tangga mereka.

Bagaimanapun, Aniston turut memuji Pitt dan berkata, hubungan beliau dengan bekas suaminya masih baik dan beliau tidak mempunyai perasaan lain kecuali tertarik dengan kehidupan yang dilalui bekas suaminya itu. � Agensi

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top