“Saya sudah buat perjanjian kalau tidak hentikan perbuatan itu, saya akan tinggalkan dia,” kata bekas anggota kumpulan GIM yang juga isteri kepada penyanyi Radhi OAG berhubung tuntutan cerainya di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.

Shazlin Sharif (plaintif), 30, hadir ke mahkamah kali ketiga bagi menyelesaikan kemelut rumah tangganya dengan Radhi (defendan) atau nama sebenarnya Mohd Radhi Razali, 31, yang sehingga kini masih tidak hadir ke mahkamah.

Ketika ditemui, Shazlin yang tidak mahu memberi komen lanjut dan bergegas meninggalkan mahkamah selepas prosiding selesai, mendakwa Radhi ada melafazkan cerai terhadapnya bagaimanapun tidak menjelaskan berhubung perkara itu.

“Permohonan ini sudah difailkan sejak dua bulan lalu tetapi disebabkan salah faham saya tidak menyertakan afidavit penyampaian. Ini kali ketiga sebutan di mahkamah, dia (Radhi) tidak hadir.


“Saya sudah beritahu Radhi minta dia datang ke mahkamah hari ini (semalam) tetapi dia enggan dan kata tidak ada kes. Radhi ada melafazkan cerai ketika di rumah dan saya juga ada membuat perjanjian dengannya sebelum ini,” katanya.

Bagaimanapun apabila ditanya berhubung lafaz cerai dan perjanjian itu, Shazlin mengatakan: It’s personal. (Ia peribadi).

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top