Ku beri hanya yang terbaik
Ku lukis cuma yang terindah
Tetapi padamu tidak memadai
Apakah lagi yang engkau mahu
Sehingga aku keliru
Inilah mainan dunia
Budi bertahun pernah ku tabur
Hilangnya pula sekelip mata
Kerana terusik hatimu
Andainya ini yang tersurat
Tak usahlah kau berdolak dalih
Kau jadikanlah pertemuan ini
Adalah untuk yang terakhir
Dan selepas ini tak perlu kesali
Pilihlah jalanmu sendiri
Biarlah ku terus di sini
Andai ada ruang akan ku hindari
Bukan tak sudi sambung kembali
Bimbang berulang lagi
Yang pasti tak dapat ku nafi
Sesekali adakalanya jatuh menitis airmata
Bila ku ingat
Inilah mainan dunia
Budi bertahun pernah ku tabur
Hilangnya pula sekelip mata
Kerana terusik hatimu
Andainya ini yang tersurat
Tak usahlah kau berdolak dalih
Kau jadikanlah pertemuan ini
Adalah untuk yang terakhir
0 ulasan:
Catat Ulasan