Lirik Lagu Terkunci Dalam Sengsara - Jitu

Masih aku yang terkunci
tida ku daya melepasi
kegelapan di daerahmu
dulu terlena...bercanda kita...
cuma seketika

Datang salam ke lubuk silam
menutupi sengsara ini
menjawablah penderitaan
bertanya janji-janjimu
mudahnya kau mungkiri

Dan aku masih di sini
mengutip pasrah yang pergi
menanti bersama rinduku
tersungkur mengejar bayanganmu

Apa harus ku berdoa
mengiringi kebahagiaanmu
sedang aku terpenjara
di dalam lautan tangisku

Berkelana...
hakikatnya rahsia
ku terpedaya kerana setia
kerana tiada harta

Selama
harta menjadi nilainya
pencinta terhenti rindunya
dan aku di undang sengsara..

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top