Andainya diselami hatiku
Lantainya kan dilihat bertingkat
Kerana aku adalah manusia
Semestinya punyai pelbagai lapisan perasaan
Meski pula
Lebih satu warna jadikan pelangi
Apa lagi aku
Di kala ini
Aku ternantikan seseorang
Yang mengerti
Warna sendu tarian jiwaku
Ku pernah singgah di kota rindu
Benderang walau ke larut malam
Andainya ku kembali ke sana
Peliharalah aku dari kelukaan dan kecewa
Ingin ku dakapi hidup
Berbekal segala kudrat yang ku ada
Kerana ku percaya
Kesucian cinta
Masih berada
Di atas dunia
Di mana muara pertemuan
Di antara resah dan kedamaian
Di situlah tempat aku berada
Sebagai insan yang mungkin
Kau anggap kawan malah kekasih
Lagu: Aidit Alfian
Lirik: Ad Samad
0 ulasan:
Catat Ulasan