Membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 serta LCD TV tajaan LG, Tom, 25, juga akan mengikat kontrak rakaman bersama label rekod Warner Music Malaysia.
Tom yang sebelum ini pernah muncul juara vokal kontemporari di Pertandingan World Championship Of Performing Arts (WCOPA) di Los Angeles, Amerika Syarikat, tahun lalu, mendendangkan lagu medley kumpulan Search dan Bunkface, Isabella dan Revolusi manakala Senja Nan Merah duet bersama Mus dari kumpulan May.
Ketika ditemui di sidang media, Tom berkata, dia tidak menjangka akan memenangi pertandingan ini.
Sementara itu, Muhamad Hafidz Muhamed Kamal atau Apiz, 23, yang mendendangkan lagu Patri dan Farhana bersama Tia dari kumpulan Jinbara serta lagu medley Suci Dalam Debu dan Terharu mendapat tempat kedua, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 dan barangan LG Chocolate Phone (BL40).
Dalam pada itu, Maisarah Ismail atau Sarah, 22, memenangi tempat ketiga dan mendapat wang tunai RM5,000 serta set sistem home theatre HT964PZ dari LG selepas mendendangkan lagu Joget Lambak dan Gelora bersama Adam serta lagu Bunga-Bunga Cinta dan Senggol-Senggolan.
0 ulasan:
Catat Ulasan