Ketua Perhubungan Awam Polis Indonesia, Marwoto, berkata tidak banyak yang dapat dilakukan pihak berkuasa terhadap tahanan di bawah seliaan mereka ketika ini.
Katanya, jika hari biasa tahanan diberi makan tiga kali sehari, tetapi sempena Ramadan, hanya dua kali dibekalkan.
“Ariel jarang berpuasa,” katanya sambil ketawa.
Menurut Marwoto, apabila memantau sel Ariel, dia selalu melihat penyanyi itu merokok atau makan.
“Sedangkan, ketika bulan puasa ini semua tahanan dibekalkan hidangan untuk bersahur dan berbuka,” katanya.
Dikaitkan dengan hubungan seks luar nikah, Ariel kini masih menunggu masa untuk didakwa di mahkamah mengikut undang-undang antipornografi Indonesia.
Dia dikatakan meniduri kekasihnya, Luna Maya, serta seorang lagi personaliti televisyen terkenal, Cut Tari.
Berbanding Cut Tari yang mengaku imej dalam rakaman video itu dirinya, Ariel dan Luna Maya masih belum membuat pengakuan.
Kata Marwoto, polis melaksanakan tanggungjawabnya menyediakan makanan bagi memudahkan tahanan Islam berpuasa.
“Jika tahanan enggan berpuasa, itu pilihan mereka,” katanya.
Sementara itu, polis mengesahkan pihak berkuasa melanjutkan tempoh tahanan Ariel selama 30 hari lagi. Justeru, nampaknya penyanyi itu akan meraikan Aidilfitri di dalam sel. - Agensi
0 ulasan:
Catat Ulasan