Kemuncak konsert Keynote (KN) menyaksikan kemenangan Mohd Farhan Izharuddin atau Faan, 26, sebagai juara pertama Keynote sekaligus menepati ramalan penonton setia KN selepas Faan banyak kali dilihat kerap memenangi lagu terbaik pada setiap konsert mingguan KN.

Keputusan ini diraih menerusi undian SMS peminat KEYNOTE sebanyak 50 peratus , manakala 50 peratus lagi menerusi juri profesional iaitu M Nasir, Ramli MS, Aidit Alfian serta Ajai selaku dekan KN.

Dengan kemenangan ini, Faan berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000 beserta trofi dan penginapan 3 hari 2 malam ke Koh Samui tajaan Impiana Hotel Resort & SPA.

Selain itu, jejaka kelahiran Kuantan, Pahang ini turut menerima tiket penerbangan pergi balik ke Koh Samui Thailand tajaan Firefly, gitar akustik Fender dari Bentley Music, produk definate cosmetic dan baucer Celebrity Fitness.

Selain menjadi juara KN, Faan sekali lagi berjaya memikat juri dengan meraih Lagu Individu Terbaik menerusi lagu Suntuk hasil penulisan lirik Abie Abdullah dan nyanyian memukau penyanyi handalan Hattan.

Bagi kategori ini, Faan membawa pulang hadiah berupa penginapan 3 hari 2 malam untuk 2 orang ke Phuket Thailand tajaan Impiana Hotel Resort & SPA dan tiket penerbangan pergi balik ke Phuket Thailand tajaan Firefly.

Sepanjang konsert KN, Faan telah berjaya memonopoli takhta lagu konsert mingguan terbaik menerusi lagu-lagunya seperti Berdentum nyanyian Sharifah Zarina bagi konsert ke 2, Rumah Baru nyayian Faan sendiri pada konsert ke-3 dan lagu tugasan berkumpulan Opahku Bilang nyanyian Zainalabidin pada konsert penentuan juara KN.

Tempat kedua pula diraih pesaing sengit Faan iaitu Raja Nazrin Shah Raja Azaham atau Nazrin, 20, dengan membawa pulang Wang tunai RM5,000 berserta trofi, penginapan 3 hari 2 malam untuk 2 orang ke Phuket Thailand tajaan Impiana Hotel Resort & SPA, tiket penerbangan pergi balik ke Phuket Thailand tajaan Firefly, produk Definate cosmetic dan baucer celebrity fitness.

Feroz atau nama sebenarnya Khairul Nizam Nazri, 25, pula berjaya memikat juri dengan kemenangan di tempat ketiga dan menerima hadiah berupa wang tunai RM3,000 berserta trofi, penginapan 3 hari 2 malam untuk 2 orang ke Phuket Thailand tajaan Impiana Hotel Resort & SPA, tiket penerbangan pergi balik ke Phuket Thailand tajaan Firefly, produk Definate cosmetic dan baucer celebrity fitness.

"Saya sangat berpuas hati dengan prestasi kesemua peserta KN. Sememangnya, KN telah berjaya mencapai matlamat yang kami sasarkan iaitu melahirkan bakat-bakat muda yang penuh dengan idea-idea baru lagi segar dalam bidang penciptaan lagu.

"Program ini juga telah berjaya memberi pendedahan kepada kesemua peserta dan penonton dalam melihat potensi besar dalam bidang penciptaan. Saya menyeru agar semua pengiat seni, syarikat-syarikat rakaman dan artis-artis kita terus memberi peluang kepada bakat-bakat muda yang dicungkil menerusi program KN untuk terus berkarya.

"Sokonglah mereka . Saya juga berharap KEYNOTE akan muncul untuk musim ke-2 nanti. Terima kasih juga kepada mereka semua yang telah terlibat dalam menjayakan program ini seperti Astro Ria, Sinar FM, Beyond Event,Universiti Lim Kok Wing, Wake The Baby Sdn Bhd, E & A Production, semua penaja, rakan artis yang terlibat, penulis lirik dan akhir sekali sahabat media dan kepada semua peminat KN," kata dekan Ajai.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top