Penyanyi yang memiliki lima anak itu berkata, keputusan untuk menamatkan kontrak bersama AESB dibuat berdasarkan persetujuan kedua-dua belah pihak dan diaturut menafikan yang dia ada menyimpan apa-apa perasaan tidak puas hati terhadap pihak pengurusan berkenaan.
"Semua sudah sedia maklum bahawa saya mula bertapak di Astro ketika menyertai Akademi Fantasia Musim 7 (AF7) . Di situlah juga, nama saya semakin hari semakin dikenali ramai peminat. Begitu juga dengan bintang-bintang AF yang lain.
"Pun begitu, saya tidak menafikan AESB kini mempunyai ramai artis di bawah jagaannya. Dengan jadual yang sudah pun disusun, setiap artis akan mengikut giliran masing-masing untuk menjayakan penerbitan single, show dan sebagainya. Ia sedikit sebanyak menyebabkan berlakunya kelewatan. Pun begitu saya tidak mengatakan AESB mengabaikan saya.
"Lepas fikir masak-masak, saya rasa lebih selesa kalau berada di bawah syarikat yang mempunyai bilangan artis yang sedikit. Ia kerana, saya percaya syarikat berkenaan secara tidak langsung akan memberi perhatian yang lebih. Tidak lama saya meninggalkan AESB, syarikat HHP pula menawarkan diri. Jadi saya menganggap ianya rezeki," katanya ketika menjayakan majlis pelancaran HHP di Restoran Saloma Bistro petang semalam.
HHP yang dikendalikan bekas pelajar AF5, Heliza Helmi (Pengarah Urusan) itu kini baru sahaja beroperasi selam 3 bulan. Ia mempunyai 7 kakitangan dan turut menampilkan suami Isma iaitu Zul sebagai Pengurus Besar HHP.
Menurut Isma, biarpun suaminya memegang jawatan sebagai Pengurus Besar dalam HHP namun keistimewaan terhadap artis di bawah HHP tetap diberikan secara sama rata.
"Sebenarnya, bukan Zul yang menarik saya dalam HHP. Sebab dia masuk pun selepas saya. Malah selepas dia menyertai syarikat ini, saya nampak dia berlaku adil kepada semua artis dan tiada istilah suami isteri di tempat kerja. Masa kerja kita memang cukup profesional," tambah Isma.
Ketika majlis pelancaran HHP itu berlangsung, pihak pengurusan HPPia turut mengumumkan 3 penyanyi lain yang akan berada di bawah pengurusan syarikat berkenaan iaitu Heliza sendiri, Herman Tino dan penyanyi dari Filipina iaitu Arlyn Hafiz.
Dalam majlis pengumuman syarikat berkenaan itu, Isma turut memperkenalkan single terbarunya yang berjudul Aku Bukan Pilihanmu. Begitu juga Heliza dengan lagu Hello, Herman Tino (Amit-Amit Jabang Bayik) serta Arlyn Hafiz dengan lagu Jiwaku Milikmu.
Teks oleh Thani Hasbullah
0 ulasan:
Catat Ulasan