Shahir juga ada makanan kegemarannya sendiri. Dia suka makan ayam golek. Ha kepada anak dara yang meminati Shahir, kanalah pandai memasak ayam golek. Awas Shahir, kalau terlebih makan ayam golek nanti badan tak boleh bergelek nanti!
Jangan terlebih makan ayam golek, nanti badan cepat naik Shahir
Apa lagi yang Shahir suka selain ayam golek?
"Makanan kegemaran saya ketika berbuka ialah bubur gandum dan ayam percik selain ayam golek. Memang tak boleh tahan rasanya yang sedap itu," kata Shahir.
Nampaknya Shahir sukakan makanan yang sedap-sedap untuk berbuka. Bukan sahaja sedap malah, memerlukan kepandaian memasaknya. Kalau tak tahu resipi, nanti rasanya tak asli dan tidak dapat memikat selera.
Pasal kuih raya pula, anak muda yang akan balik beraya bersama keluarga di Kampar, Perak itu sukakan tart nanas, lontong, lemang dan nasi impit.
"Tart nanas memang kegemaran saya sejak dulu lagi" jelas Shahir.