"Memang sengaja saya menamakan kesemua biskut raya AA ini dengan tajuk lagu-lagu raya yang paling hits berkumandang di musim Aidilfitri, Ia tidak lebih sekadar satu gimik yang digunakan untuk menyerikan bisnes ini. Sesuailah dengan tagline yang kami gunakan iaitu Tersedap Di Muka Bumi!
"Tapi apa yang penting sekali, sejak kami uar-uarkan tentang bisnes ini menerusi facebook dan twitter, sambutan yang diterima amat menggalakkan. Malah, kami sudah pun mendapat tempahan daripada peminat di semenanjung serta di Sabah dan Sarawak. Malah, paling memeranjatkan, kami juga turut menerima tempahan daripada rakyat Malaysia yang menetap di Jepun dan Australia.
"Hal ini merupakan sesuatu yang di luar dugaan. Hinggakan kami sendiri tak menang tangan untuk menyiapkan tempahan. Namun, inilah hadiah paling istimewa yang dapat saya berikan buat peminat kerana bisnes yang saya buat ini bersifat bisnes yang eksklusif dan limited edition.
"Bukan berdasarkan bisnes yang dilakukan secara komersil semata-mata. Pendek kata, kami betul-betul akan entertain orang yang menghantar order menerusi sms atau twitter.
"Setakat ini, kami sudah menyaipkan 200 balang kuih. Sasaran saya adalah untuk menyiapkan 1,000 balang kuih untuk mereka yang membuat tempahan. ," katanya lagi.
Biskut raya AA ini dijual dengan harga RM25 untuk 30 biji kuih. Manakala, rendang Mak tom pula dijual pada harga RM1kg - RM50. tempahan masih dibuka sehingga 15 Ogos 2011. Sebarang tempatan, sila hubungi Azwan Ali: 012-2896100 atau Chef Mizie: 017-3501446.
0 ulasan:
Catat Ulasan