Sinopsis Boona & Boonie, TV9

Ia mengisahkan Boona dan Boonie (Noorkhiriah dan Ieda Moin) yang bekerja sebagai pembantu rumah kepada Nyonya Mansur. Walaupun majikan mereka sangat kedekut, garang dan cerewet, namun mereka tetap kekal bekerja di situ kerana masing-masing ingin mengurat anak bujang majikan mereka bernama Mohd Manisnya lakonan Karl Shafek.

Saingan Boona dan Boonie adalah Sapura, anak kepada Aloya, jiran Nyonya Mansur. Sapura dipaksa oleh ibunya untuk mengurat Mohd Manisnya kerana menurut Nyonya Mansur, jika anak tunggalnya berkahwin, seluruh harta kekayaannya akan menjadi kepunyaan anaknya dan isteri. Itu yang dikejarkan oleh Aloya. Masalahnya, Sapura tidak minat dengan Mohd Manisnya dan ini membuatkan Aloya marah.

Boona dan Boonie berangan-angan untuk menjadi isteri Mohd Manisnya bukan kerana harta kekayaan tetapi kerana ketampanan dan kesegakannya. Mohd Manisnya pula adalah seorang yang suka berfoya-foya dan tidak mempunyai pekerjaan tetap dan merupakan anak manja.



Suatu hari Mohd Manisnya terbuka hati untuk berkahwin dan setiap hari dia telah membawa ramai perempuan dari pelbagai bangsa untuk Nyonya Mansur pilih. Namun, Boona dan Boonie telah menghasut majikannya dan memburuk-burukkan setiap perempuan yang datang dan Nyonya Mansur termakan hasutan mereka.

Ingin tahu siapakah pilihan hati Nyonya Mansur, saksikan ‘Boona Boonie’ pada setiap Sabtu, jam 8.30malam bermula 16 Julai ini, hanya di TV9. Selain daripada Noorkhiriah, Ieda Moin dan Karl Shafek, anda juga tidak akan kering gusi melihat gelagat pelakon lain seperti Noryati Taib, Anne Abdullah dan Wan Sharmila.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top