Pelakon Elfira Loy dalam proses untuk menyesuaikan diri dengan bidang penyiaran radio selepas mengambil keputusan menyertai stesen radio Era FM, April lalu.

Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 20, berkata, keputusannya menceburi cabang seni tersebut adalah untuk mencari pengalaman selain menguji bakat serta kemampuannya dalam bidang berkenaan,

"Saya mula menyertai stesen radio tersebut pada April lalu yang mana pada asalnya hanya untuk cuba-cuba sahaja dan akhirnya mereka tawarkan kontrak permulaan selama enam bulan. Selepas itu tengoklah macam mana sama ada saya sesuai ataupun tidak untuk teruskan.

"Setakat ini semuanya berjalan lancar cuma banyak perkara yang saya perlu belajar sebab selalunya saya hadir hanya sebagai tetamu sahaja," katanya.

Elfira bertugas sebagai penyampai pada segmen Carta Era 40 bersama Nabil Ahmad pada setiap Ahad dan bakal keudara pada segmen Johara Pagi Era bersama Johan, Hanif dan Ray.

Dalam pada itu katanya, kekurangan penyampai radio wanita membuatkan dia terpanggil untuk mencuba nasib dalam bidang penyiaran radio.

Dia juga percaya pada usia yang muda ini, ia merupakan peluang kepadanya untuk mencuba pelbagai bidang.

"Saya masih muda dan ingin cuba banyak perkara kalau gagal sekalipun saya ada masa untuk perbaiki.

"Lagi pula saya lihat bidang ini tidak banyak diceburi oleh kaum wanita," katanya.  

Bagaimanapun kata Elfira, cabaran utamanya adalah terpaksa membuat banyak kajian terhadap penyanyi dan lagu sebelum bersiaran.

"Saya kurang dengar lagu-lagu terkini dan kurang mengenali penyanyi. Oleh itu sebelum bersiaran saya terpaksa cari  terkini tentang dunia muzik, penyanyi dan lagu terkini," katanya.

~ mStar Online

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top