Bekas penyelia asrama rancangan Akademi Fantasia (AF) iaitu Baha Azman Nor, 42, berhadapan dengan nasib malang apabila barang-barang dalam rumahnya di Kondominium Sri Pelangi, Jalan Genting Klang dekat sini licin disapu pencuri.
Baha Azman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Baha dalam AF berkata, dia menyedari kejadian itu pada Sabtu lalu ketika mahu pulang ke rumah berkenaan untuk mengemas.
Katanya, ketika ingin membuka pintu rumah yang terletak di tingkat 16 kondominium berkenaan, hati dia berasa berdebar apabila melihat terdapat kesan umpilan pada jeriji besi rumahnya itu.
“Sebaik sahaja saya melihat keadaan dalam rumah, saya amat terkejut kerana ia berselerak. Kain baju saya semuanya bersepah di ruang tamu.
Malah lebih memeranjatkan segala barang dalam rumah habis disapu pencuri,” katanya.
Jelas Baha, antara barang-barang yang dikebas pencuri ialah almari, peti ais, tilam, ketuhar, periuk-belanga, rak buku dan juga langsir.
Katanya, beberapa barangan berharga pemberian kerabat Brunei ketika membawa artis membuat persembahan di negara itu termasuk puluhan jam tangan juga hilang.
“Selain jam dan beg berjenama pelbagai matawang asing berjumlah RM5,000 turut diambil pencuri,” ujarnya.
Lebih menyedihkan, pencuri yang memecah macuk ke rumahnya itu turut melakukan perbuatan khianat dengan mengoyak kertas dinding serta memecahkan cermin hiasan dan tingkap rumahnya.
Baha memberitahu, kali terakhir dia pulang ke kediaman berkenaan yang dijadikan rumah persinggahan iaitu kira-kira empat bulan lalu sementara dia tinggal secara tetap di sebuah lagi rumah di Ampang, dekat sini.
Dia turut melahirkan rasa kesal kerana kediaman yang dilengkapi dengan kawalan keselamtan 24 jam serta mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) dengan mudah boleh dimasuki pencuri.
“Saya kesal apabila pihak pengurusan kediaman ini tidak mengambil berat soal keselamtan penghuni rumah sehingga kediaman saya yang disangka selamat itu dapat dipecah masuk,” katanya.
Tambah Baha, berdasarkan kejadian itu, dia mengesyaki ia dilaklukan lebih daripada seorang dan berkemungkinan mereka yang sudah lama memerhatikan gerak-gerinya.
Sehubungan itu Baha menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati walaupun tinggal di kediaman yang lengkap dengan ciri-ciri keselamatan.
Selain menjadi penyelia bagi menjaga para peserta dalam rancangan Akademi Fantasia, Baha juga merupakan bekas pengurus artis untuk syarikat rakaman Maestro Talent & Management Sdn Bhd.
Antara artis Akademi Fantasia yang pernah dijaganya ialah Mawi, Zahid, Zarina, Khai, Rosmah, Sahri, Marsha, Haziq, Keifli, Yazir, Reza Mohamad dan Faizal.
Dia juga adalah usahawan berjaya dan merupakan pemilik restoran Intai-Intai di Jalan Hulu Klang, dekat sini. ~ mstar

0 ulasan:
Catat Ulasan