The Band: Imuniti Selamatkan Tiara Ross & Akmal Ayub
Minggu kelima program realiti ‘The Band’ telah menyaksikan dua rekrut hampir disingkirkan oleh Ejen The Band kerana tidak memenuhi kriteria yang tetapkan.
Dengan tema #ERA, enam kumpulan telah dipilih perlu membawakan lagu-lagu hit carta Radio Era dengan campuran elemen pop dan hiphop.
Bagaimanapun, setelah dinilai secara individu akhirnya enam rekrut telah dipilih untuk berada ditangga terbawah setelah mendapat kritikan pedas oleh Ejen The Band.
Mereka adalah Akmal Ayub, DLS dan AJ bagi rekrut lelaki manakala Shenthy, Tiara Ross dan Jen Shukri bagi rekrut wanita.
Malang buat Akmal Ayub dan Tiara Ross apabila nama mereka diumumkan sebagai rekrut yang berada di tangga terbawah berbanding empat yang lain.
Minggu ini merupakan kali kedua bagi Tiara Ross berada pada kedudukan tersebut.
Namun nasib menyebelahi mereka apabila Ejen Syafinaz Selamat mengumumkan tiada penyingkiran kerana minggu ini merupakan minggu imuniti yang mana kesemua rekrut terselamat daripada tersingkir.
Dalam pada itu, di akhir episod ‘X The Band’, Syafinaz telah menyatakan setiap rekrut harus memilih seorang bekas rekrut lelaki dan dua orang bekas rekrut wanita untuk diserap kembali dalam program ini pada minggu hadapan.
Siapakah yang bakal terpilih?
Sama-sama kita saksikan pada minggu seterusnya.
Konsert The Band bersiaran secara eksklusif pada setiap Sabtu, jam 10.00 malam di Astro Ria (saluran 104) serta siaran serentak di Astro Maya HD (saluran 135).
Manakala Whazzup The Band pula akan bersiaran setiap Jumaat, jam 9.00 malam serta X The Band pada setiap Ahad, jam 10.00 malam.
Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan rekrut pilihan anda di lawan web rasmi www.astrogempak.com.my/theband.
~ Astro
0 ulasan:
Catat Ulasan