Duta Baru Aura White Natasha Hudson, Amyra Rosli 

Pihak Aura White telah memutuskan untuk melantik pelakon dan model Natasha Hudson dan pendatang baru Amyra Rosli sebagai duta baru mereka.

Menurut Pengarah Urusan Aurawhite Global Sdn. Bhd. Furyna Azmeer, pemilihan Natasha dan Amyra dilakukan selepas mengambil kira pelbagai aspek termasuk personaliti kedua-dua selebriti tersebut.

“Pemilihan Natasha dan Amyra selaras dengan konsep Aura White yang lebih elegan, segar dan mengikut peredaran masa kini.

“Seperti Amyra kami lantik menjadi duta untuk produk penjagaan kulit wajah yang baru sahaja di keluarkan syarikat kami…Kami merasakan ia sangat sesuai dengan Amyra yang masih baru, sama seperti produk ‘skincare’ kami.

“Natasha pula, kami beri dia cuba sendiri produk kami dan ia memberi kesan positif kepadanya dan dia bersetuju untuk menjadi duta selepas kami menyuarakan hasrat untuk melamarnya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Duta Aurawhite Beauty dan Santai Bersama Media di Aloft Hotel pada petang Khamis.

Sementara itu Amyra Rosli ketika ditemu berkata, dia terkejut apabila ditawarkan untuk menggalas tanggungjawab sebagai duta baru Aura White.

“Saya tak sangka ditawarkan sebagai duta…Alhamdulillah, saya telah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab besar ini.

“Saya memang pengguna Aura White selama ini, saya terus menerima tawaran dari mereka kerana yakin dengan keberkesanan produk ini,” katanya.

Bagi model dan pelakon cantik Natasha Hudson pula, biarpun tidak pernah menggunakan Aura White sebelum ini, namun setelah mencubanya sendiri ternyata Aura White memberi kesan yang baik.

“Saya tahu mengenai produk ini tetapi tidak pernah mencubanya. Tetapi sebelum diberi tawaran sebagai duta, Aura White telah memberi produk mereka untuk saya cuba.

“Alhamdulillah, sebagai ibu yang masih menyusukan anak, Aura White membantu menambah susu badan, menjaga kesihatan dalaman dan luaran saya.

“Saya tak sangka akan dilantik sebagai duta kerana ketika pertemuan pertama dengan pengasas produk ini dia tak beritahu pun akan ambil saya sebagai duta.

“Selepas dua bulan, dia bertanya kepada saya samada saya suka kepada produk tersebut atau tidak, saya jawa “Ya, Aura White membantu saya,”…Dan selepas itu barulah pihak Aura White melamar saya,” cerita Natasha panjang lebar.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top