Penyanyi Adam Ahmad (Kau Pergi Jua) meninggal dunia

Takziah buat keluarga Allahyarham Adam Ahmad.

Penyanyi dan komposer, Adam Ahmad meninggal dunia kira-kira jam 12 tengah malam tadi di Hospital Ampang, di sini.

Difahamkan, Adam mengalami masalah tekanan darah rendah, kencing manis dan jangkitan kuman pada paru-paru. Beliau meninggalkan isteri dikenali sebagai Norliza.

Jenazah dibawa ke rumahnya di Taman Cempaka, di sini. Antara lagu popularnya, Kau Pergi Jua yang menjadi siulan ramai pada awal 1980-an.


Adam juga mencipta lagu Janji Manismu yang memperkenalkan penyanyi, Aishah ke persada muzik tempatan selepas mencipta nama di New Zealand pada 1990.

Adam Ahmad (Kau Pergi Jua)

AL-FATIHAH.. Semoga roh ALLAHYARHAM ADAM AHMAD diletakkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin ya ALLAH.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top