Baru-baru ini pelakon cantik Rozita Che Wan yang kini sedang bercuti di Koh Samui, Thailand telah memuat naik sekeping gambar mesra bersama suami  di laman instagram peribadi miliknya.

Bagaimanapun gambar tersebut telah mendapat perhatian ramai dan menjadi topik perbualan hangat di media sosial.

Yang menjadi isu ialah foto tersebut telah memperlihatkan pasangan suami isteri ini berbaring dengan menggoda sambil ber’selfie’ di atas katil yang dipenuhi kelopak bunga mawar berbentuk ‘love'.

Foto beserta kapsyen berbunyi: "Good morning frm #kohsamui wtluv @therealzainsaidin" telah menyebabkan peminat berasa kurang senang.

Gambar itu seolah-olah telah disalah erti oleh ramai pihak apabila ada yang mengkritik bahawa foto itu tidak manis untuk dikongsi walaupun mereka berdua suami isteri lebih-lebih lagi apabila mereka merupakan selebriti.

Malah ada juga yang menasihati supaya tidak terlalu mendedahkan perihal rumahtangga kepada umum.

Nampaknya, kes atau kontroversi yang melanda Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta dan Zain ini lebih kurang sama dengan gambar yang pernah dimuat naik oleh Diana Danielle bersama Farid Kamil yang memperlihatkan rambut yang basah serta berlaga pipi baru-baru ini ~ Astro

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top