Sinopsis Teater Dia Panggil Abang

Dia Panggil Abang mengisahkan Mustar, seorang lelaki separuh abad yang sudah berkahwin sebanyak enam kali serta sudah mengalami dan melalui pelbagai kerenah daripada bekas isterinya. Ada antara isterinya dikebas orang dan ada pula yang terpaksa dilepaskan.

Selain itu, ada juga isterinya yang menghilangkan diri serta dihalaunya pergi. Walau bagaimanapun, ada juga di antara isterinya yang taat setia, tetapi tidak panjang jodohnya kerana Tuhan lebih mengasihi mereka.

Bagaimanapun, agak berlainan dengan isterinya yang ketujuh iaitu Zulaika. Isterinya ini adalah anak perempuan kepada teman karibnya yang mewasiatkan kepada dirinya sebagai isteri sebelum teman karibnya itu meninggal dunia. Sejak itu, Mustar bersumpah bahawa dia tidak akan berkahwin lagi selepas ini dan Zulaika adalah isterinya yang terakhir.

teater Dia Panggil Abang

Begitu juga dengan Zulaika yang menganggap hanya Mustar satu-satunya suami untuknya seumur hidup.

Bekerjasama dengan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) serta Persatuan Teater Malaysia, pementasan anjuran Persatuan Penggerak Seni Budaya Kuala Lumpur ini akan berlangsung di Auditorium Kompleks JKKN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Tun HS Lee, jam 8.30 malam esok dan Ahad.

Tayangan adalah percuma dan sebarang pertanyaan pas masuk boleh dibuat dengan menghubungi talian 013-2061720 dan 011-1241 8801.

Teater ini tampil dengan kekuatan tersendiri kerana membariskan pelakon hebat seperti Che Kem yang dikenali menerusi filem Tanda Putera, Ain Sufia (Mencari Bintang), Asrul Faizal Kamaruzaman (Budak Kelantan), Fiza Azmi (Bintang Mencari Bintang) dan penampilan istimewa penyanyi popular Zaiton Sameon.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top