Suami Fasha Sandha, Jejai harap dapat anak lelaki lagi

Kebahagian pasangan ini ternyata mendapat perhatian meluas pihak media. Sebelum ini teka-teki peminat telah terjawab mengenai berita gembira mengenai Fasha Sanda yang telah hamil anak kedua. Masih berkisarkan berita gembira tersebut, Fasha Sandha telah sudi berkongsi cerita yang suaminya Jejai mengharapkan anak dalam kandungan tersebut juga seorang lagi bayi lelaki.


Ini kerana, ayah kepada Rayqal dan Rayfal mengimpikan untuk mempunyai sebuah pasukan sukan Polo apabila kesemua anaknya dewasa kelak. Bahagia sungguh impian suami Fasha Sandha, kerana dia begitu teruja dan gembira dengan rezeki yang diberikan Allah.

Bukan itu saja, Fasha Sandha sangat bersyukur kerana dikurnikan rezeki yang melimpah ruah semenjak berkahwin. Pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki bernama Putra Rayfal Ramli yang kini berusia setahun. Fasha turut memohon maaf kerana tidak berkongsi berita mengenai kandungan tersebut sebelum ini kerana ianya masih diperingkat awal kehamilan. Usia kandungannya kini sudah mencecah tiga bulan dan dia dijangka bersalin pada pertengahan November depan.

Fasha kini terlibat dengan sebuah projek drama bersiri berjudul 'Selamat Pengantin Madu' sebelum mengambil cuti panjang apabila tiba masanya. Fasha juga kini dikenali sebagai duta produk Slim World dan Avon. ~ era.fm

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top