Program  realiti  AF 2013 memperkenalkan tiga buah rangkaian program baru yang bakal menghiasai sepanjang musim AF 2013 kelak.

Tiga buah rangkaian program baru yang dimaksudkan adalah Galaxy AF, AF Buzz dan TGIAF (Terus Gempak, Inilah AF 2013!). Tujuan utama tiga program ini diperkenalkan adalah sejajar dengan format serba baru selain mengikut perkembangan teknologi masakini.


Rangkaian program AF2013 bakal dimulakan dengan program Galaxy AF yang bakal bersiaran selama empat episod bermula dari 2 hingga 5 Septemeber 2013 jam 9.00 malam. Para pelajar bakal menggunakan alat peranti pintar Samsung Galaxy  yang boleh memudahkan mereka untuk berhubung dan berinteraksi  berinteraksi dengan peminat-peminat AF selain menyalurkan pesanan sebagai tanda sokongan mereka. Perkhidmatan interakti ini boleh dimuat turun melalui Apps store dan Play Store.

Program AF Buzz pula merupakan program yang diserikan dengan tiga orang panel yang akan membincangkan secara lebih terperinci tentang AF 2013 yang menggabungkan padangan dan cerita di sebalik para pelajar AF 2013. Lebih istimewa para penonton berpeluang untuk menyaksikan apa yang bakal terjadi di sebalik tabir sewaktu konsert mingguan berlangsung. Ianya akan mula bersiaran setiap hari Isnin bermula 9 September 2012 jam 9.00 malam.

Manakala program TGIAF atau “Terus Gempak, Inilah AF 2013!” adalah sebuah program pra konsert dimana ianya bakal mengetengahkan apa yang dijangkakan oleh barisan panel dan penonton terhadap kesemua peserta. Program ini bakal mengulas lanjut tentang pandangan terhadap persembahan yang bakal dilalui para pelajar AF 2013 sebelum bermulanya konsert mingguan AF. Program TGIAF akan mula bersiaran pada 13 September 2013 jam 9.00 malam.

Program ini juga masih mengekalkan format pemarkahan 100% undian daripad penonton melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) atau lebih dikenali dengan AFUNDI. Pelajar yang menerima undian terendah setiap kali talian ditutup pada pengakhiran konsert mingguan bakal disingkirkan.

Selain itu, buat pertama kali dalam program Akademia Fantasia, para pemiant kini boleh berinteraksi secara online menerusi perkhidmatan Twitter, Instagram dan Facebook bersama bintang-bintang AF kegemaran anda!

Turut diselitkan juga jelajah khas iaitu AF Busking dan AF Jukebox yang bakal dikongsi menerusi laman web rasmi AF 2013. Segala informasi tentang berita terkini, diari dan aktiviti pelajar, video eksklusif serta pelbagai rangkaian muat turun menarik boleh juga boleh didapati dalam laman web rasmi AF 2013 iaitu www.af.com.my

Konsert AF bakal bersiaran pada setiap hari SAbtu, jam 9.00 malam bermula pada 14 September 2013 di saluran Astro Ria (104).

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top