Penyanyi Lynnzay keluar dengan single terbarunya, Luar Biasa.

Apa yang menariknya mengenai single ini, Lynnzay sekali lagi berani tampilkan kelainan dengan muzik 'dupstep' yang sememangnya agak jarang dihasilkan pemuzik tempatan.

Menerusi lagu ini, Lynnzay turut menampilkan kolaborasi bersama dua DJ muda yang menggelarkan diri mereka sebagai Abducted Mind.
Penyanyi Lynnzay

“Saya akui lagu ini mungkin agak berat dan kasar buat sesetengah pendengar namun di sebaliknya ia turut mengandungi mesej positif dan bagi saya aura lagu ini juga boleh memberi semangat pada yang mendengar.

"Mengenai kolaborasi pula, saya percaya pada kebolehan Abducted Mind dan saya pasti warna ruang seni akan lebih menarik dengan kewujudan muzik-muzik yang baru," katanya.

Bagaimanapun, Lynnzay akui agak bimbang dengan penerimaan peminat untuk menerima pembaharuan yang dilakukan dan meminta pendengar lebih bersikap terbuka.

"Saya akui memang rata-rata pendengar lebih tertarik dengan lagu-lagu berentak perlahan dan lembut.

"Saya minta peminat muzik tempatan dapat memberi sedikit ruang dan membuka minda untuk menerima sesuatu pembaharuan seperti single ini," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top